Khamis, 2 Julai 2015

pengawalan penyakit dan perosak.

Pengenalan
Tanaman buah-buahan terutama dari jenis yang kekal dan mempunyai jangka masa hidup dan pertumbuhan yang lama akan sentiasa terdedah kepada serangan serangga perosak dan penyakit.
Tahap kerosakan disebabkan serangan serangga perosak dan penyakit bergantung kepada jenis tanaman buah-buahan, kesuburan tanaman, kebijaksanaan pengurusan ladang dan kecekapan para peladang mengenal pasti jenis musuh perosak yang menyerang diperingkat awal serta membuat langkah-langkah kawalan yang berkesan.

Objektif
1.    Pelajar dapat mengenalpasti jenis racun yang betul.
2.    Pelajar dapat meracun pokok dengan sistem yang betul.

Bahan-bahan dan Peralatan.
      i.        Pam racun
     ii.        Racun serangga
    iii.        Racun kulat
   iv.        baldi
    v.        Baju yang sesuai
   vi.        Topi
  vii.        Kasut bot

Aktiviti
pengawalan penyakit dan perosak
Pada minggu ini, kami diberi tugasan untuk melakukan pengawalan penyakit dan perosak iaitu aktiviti meracun serangga perosak pada pokok di kawasan penanaman. Meracun serangga perosak tanaman dilakukan mengikut kumpulan. Sebelum melakukan aktiviti meracun, seorang penunjuk ajar menunjukkan kaedah pemakaian, cara membancuh racun dan cara meracun yang betul untuk aktiviti meracun serangga perosak. Selepas itu, kami dikehendaki pergi ke kawasan masing-masing untuk melakukan aktiviti meracun serangga perosak di kawasan penanaman. Kumpulan kami perlu meracun kawasan tanaman limau kasturi dan jambu batu. Semasa aktiviti meracun dijalankan, kami bergilir-gilir meracun kawasan tanaman tersebut sehingga keseluruhan kawasan tanaman diracun.


Kesimpulan

Pengawalan dan pengurusan musuh perosak tanaman cara lama yang bergantung sepenuhnya kepada penggunaan racun kimia semata-mata didapati banyak mendatangkan keburukan dan kesan sampingan kepadake sihatan, alam sekitar dan juga terhadap organisma berfaedah serta serangga dan agen-agen pemangsa yang sedia ada secara semula jadi mengawal serangga perosak dan penyakit tanaman. Pengawalan dan pengurusan musuh perosak tanaman yang terbaik,ekonomik, berkesan dan berupaya memberikan kawalan secara mampan ialah dengan mengamalkan kaedah kawalan bersepadu (IPM). Pengawalan musuh perosak bersepadu (IPM) ialah satu sistem atau konsep pengawalan yang mengabungkan kaedah-kaedah kawalan yang bersesuaian secara serentak dan bersepadu. Pengabungan atau pensepaduan kaedah-kaedah kawalan antara lain termasuklah kawalan kultura seperti penggunaan benih yang rentang/tahan dari serangan serangga perosak dan penyakit, mengamalkan kebersihan ladang dan pembajaan yang bersistem, kawalan fizikal iaitu menggunakan bahan pemikat dan perangkap serangga dan membungkus buah, kawalan biologi dengan memafaatkan kawalan semulajadi agen-agen pemangsa dengan mengurangkan penggunaan racun kimia dan kawalan kimia dengan menggunakan semburan racun kimia dari jenis yang selamat dan mesra alam jika diperlukan mengikut kadar dan arahan penggunaan yang disyorkan. Disamping mengamalkan kawalan secara bersepadu para peladang juga disyorkan supaya sentiasa membuat pemantauan tanaman buah-buahan mereka bagi mengesan serangan awal serangga perosak dan penyakit bagi mengurangkan penggunaan racun kimia dan menghasilkan kawalan yang berkesan dan ekonomik.