Sabtu, 31 Mac 2012
Hukum Dedah Aurat Ketika Bersalin.
- 912
TERBAIK UNTUK ANDA :
Apakah hukum mendedahkan aurat diri kepada orang lelaki, contohnya semasa ibu yang ingin melahirkan anak sudah tentunya akan mendedahkan aurat. Malah ada doktor lelaki yang menyambut bayi tersebut. Apa pandangan Islam dalam hal tersebut?
Jawapan oleh Ustazah Sakinah :
Dalam ilmu usul fiqh, terdapat satu prinsip yang disebut sebagai ‘perkara darurat mengharuskan perkara yang haram’. Para ulama sepakat bahawa harus bagi seorang doktor lelaki melihat bahagian anggota wanita yang sakit jika perlu berserta mengikut syarat yang ditetapkan oleh syariat. Begitu juga dengan aurat lelaki yang harus dilihat oleh doktor perempuan. Selain itu prinsip syarak juga menyebut bahawa ‘darurat itu diukur mengikut kadar keperluannya’. Jadi, jika diharuskan melihat, membuka, menyentuh aurat dan sebagainya mengikut keperluan rawatan. Ia tidak dibolehkan dalam keadaan biasa. Hal ini dibolehkan dengan syarat tertentu, iaitu:
1. Mendahulukan rawatan lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita, mendahulukan doktor muslimah, kemudian doktor wanita kafir, kemudian lelaki muslim kemudian barulah lelaki kafir.
2. Tidak melebihi tempat biasa yang perlu dibuka. Cukup dengan hanya mendedahkan tempat yang perlu sahaja.
3. Jika huraian pesakit sudah mencukupi, maka tidak perlu sentuh atau buka aurat.
4. Wanita hendaklah ditemani suami, mahram atau wanita lain yang berakhlak.
5. Doktor tersebut seorang yang amanah, tidak pernah didakwa dengan pelbagai perangai buruk. Wallahu a’lam.
Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my
Jumaat, 30 Mac 2012
Khamis, 29 Mac 2012
Imam 'baling kasut' Islamkan 2 banduan dalam penjara
Imam 'baling kasut' Islamkan 2 banduan dalam penjara
Harakahdaily, | 29 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun dihukum penjara setahun dek kerana membaling kasut ke arah hakim, tanggungjawab dakwah imam Hoslan Hussain tidak terhenti di sebalik jeriji besi.
Malah beliau dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.
Isterinya, Noorliza Mohd Isa ketika berkongsi keadaan terkini Hoslan berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.
"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya.
Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.
Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.
Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.
DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.
Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.
Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya.

save palestine
save palestine..kita mampu utk p berperang, kita xmampu utk bersama2 mengangkat senjata.. ap yg mampu kita buat hanyalah berdoa dan boykot setiap barangan yahudi utk kemenangan umat islam.
teruskan perjuangan...
Rabu, 28 Mac 2012
sesi kaunseling KU..hehe
assalamualaikum...27.3.2012, aku dgn remy telah mengadakan sesi kaunseling utk sbjek bimbimgan dan kaunseling...aku xde cter nk buat sebenarnya, aku cuba lh cr kt lman sesawang..kot2 ad cter best utk ak bincangkan ms sesi kaunseling tersebut...banyak gak lh cter yg ak dapat..yg paling bnyak adlah cter psal!!!!!kes rumah tangga..ermmm..dan yg paling banyak adlah psal laki curang dengan isteri, isteri curang dgn suami pn ad tp ckit je lh...xtaw lh sekarang ni ramai yg kawin tp cerai pn banyak, yg xbercerai tp curang kt belakang lg teruk...ap lh nk jd kn..tgh2 syok bca cter psal rumah tangga org ak jmpa lh cter yg menarik utk ak jd kn sebagai cter bohong ak dlm sesi kaunseling...hehehhe
ni lh cter bohong ak...bca sendiri ye..
ni lh cter bohong ak...bca sendiri ye..
saya merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik.umur
saya baru berumur 20 tahun dan sedang menyampung pelajaran di universiti di
sebuah ipta.Saya mempunyai masalah yang saya rasa amat perit untuk saya hadapi.
saya tak tahu pada sape mahu saya luahkan kecuali hanya
mengadu kepada Allah.Abang sulung saya berusia 22tahun.Mungkin sebahgian hidup
saya tak bahgia di sebabkan dia.Masalahnya dia selalu derhaka kepada ibu
saya,suka bercakap kasar,tinggikan suara,tak endahkan nasihat yg dibagi.Ada
ketika itu dia mengamuk apabila mak saya enggan memberi wang untuk dia membeli
rokok,topup dan mengisi minyak motor.Dulu dia bukan perokok tapi selepas
berkawan dengn budak2 nakal perangai dia semakin sukar dikawal dan kurang
ajar.suka keluar lewat malam walaupun banyak kali ditegah ibu.Saya sayu hati
apabila melihat ibu tak sihat,pening2 kepala disebabkan memikirkan perngai
abang saya itu.Sikap dia macam tu sejak skolah menengah lagi.Emak saya dah
banyak berkorban wang ringgit,masa dan tenaga untuk dia tapi dia tak pernah
menghargainya.Saya btul2 sedih sangt.sedih lihat ibu derita.Saya trauma dengan
semua ini,kalau tinggal di kolej sentiasa terpikirkan ibu,bagaimana dia dilayan
oleh abang saya tu.saya kematian ayah sejak 6tahun lagi,selepas itu, ibu khwin
lagi semasa saya tingkatn 5.ayah tiri macam taknak ambil tahu je,dulu dia
berbulan bulan terlntar di hospital disebabkan sakit jantung,sekarang hanya
berehat di rumah je.ibu saya yang membuat semua kerja,hanya Allah saje yang
tahu bagaimana perasaan saya ketika ini.Saya kena kuat.saya tak berapa rapat
dengan abang saya mungkin saya takut nak teguh dia disebabkan sikap dia yang
panas baran.Ya Allah,saya dah tak kisah lagi pasal diri ini asalkan melihat ibu
bahgia.Apa saya yang patut lakukan,jiwa sentiasa derita memikirkan semua ini
copy n paste....xde kaitan dgn yg masih hidup ataupn yg telah meninggal dunia, hnya utk sesi kaunseling sahaja..hehe
Langgan:
Catatan (Atom)