Ahad, 30 September 2012

Pembiakan Cantuman Tut, Mata Tunas, Sandingan dan Baji


Objektif: Mempelajari cara dan teknik pembiakan tampang pokok buah-buahan dengan betul
Pengenalan:
            Pokok buah-buahan boleh dibiakkan secara biji benih atau tampang. Pembiakan dengan menggunakan biji benih selalunya mengambil masa yang panjang untuk berbuah di samping kualitinya yang tidak sebaik pokok induk. Manakala pembiakan tampang pula mempunyai beberapa kebaikan seperti cepat mengeluarkan hasil, senang dibiak dan juga mempunyai ciri-ciri seperti induk. Pembiakan tampang merupakan proses yang melibatkan pemisahan bahagian tampanng pokok induk dan digalakkan hidup sebagai satu pokok induk. Pembiakan tampang terdiri daripada berbagai cara iaitu:
              Keratan ( keratan ranting & keratan akar )
           Organ-organ khas ( Sulur & rayapan )
          Lenturan ( lenturan udara, lenturan busut, lenturan pucuk,     tut lentur, baringan/ paritan)
        Cantuman ( cantuman mata tunas, cantuman baji,  cantuman sandingan ) 

Pada kebiasaannya pokok buah-buahan dibiak secara tampang iaitu melalui kaedah cantuman mata tunas dan cantuman keratan pucuk (cara baji), tut, keratan dan akhir sekali sandingan.


Prosedur:
             Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar yang mana kumpulan 1 merupakan pelajar dari kumpulan kecil 1 dan 2 manakala kumpulan 2 terdiri daripada kumpulan kecil 3 dan 4.
            Pada permulaan semua kedua-dua kumpulan diminta melakukan pembiakan pokok secara tut. Kumpulan 1 melalukan tut pada pokok rambutan manakala kumpulan 2 pada pokok limau.
          Setelah selesai setiap kumpulan dipisahkan semula kepada kumpulan kecil dan melakukan cantuman mata tunas dan cantuman baji dengan bantuan penunjuk ajar bagi setiap kumpulan.

Keputusan:
                                    Kaedah  1: Tut (Marcot)
Lenturan : Proses mengeluarkan akar pada bahagian tampang pokok induk (ranting) tanpa memisahkan bahagian tersebut daripada pokok induk. Tut merupakan salah satu jenis-jenis lenturan.
Bahan-bahan yang diperlukan:
    a)    Media
                      i.        Tanah campuran : sesuai dengan sifatnya yang senang melekat, dikepal dan boleh menyiram air. Nisbah yang sesuai ialah 2:1 yang mana 2 bahagian tanah peroi dan 1 bahagian baja organan.
                     ii.        Lain-lain media seperti jiffy 7, sabut dan vermiculite.

    b)    Alat pembalut dan tali pengikat
                      i.        Pembalut yang sesuai ialah plastik putih (10cm x 15cm)
                     ii.        Tali pengikat seperti tali guni, tali raffia atau dawai.

    c)    Alatan ( pisau dan sekatiur )

    d)    Ubat penggalak akar / hormon pengakaran


Prosedur mengetut
         i.        Rendam jiffy 7 dengan air
         ii.        Pilih ranting seperti diterangkan di atas. Buangkan daun-daun dan ranting-ranting sebelah bawah ranting tersebut.
        iii.        Buatkan kelaran keliling. Pertama di bawah mata tunas dan kelaran kedua dibuat sekurang-kurangnya 3cm atau 1-1 ½  inci jauh dari kelaran pertama.
        iv.        Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikis hingga ke kayu (kambium) sehingga kering.
        v.        Sapukan hormon pengakaran di sebelah bawah kelaran atas atau di bawah mata tunas.
        vi.        Ikat plastik di bahagian bawah kelaran kedua.
        vii.        Letakkan jiffy 7 di bahagian ranting yang telah dikikis tadi. Pastikan padat dan melekat dengan baik.        
        viii.        Selepas 1-3 bulan tut ini akan mengeluarkan akar dan bolehlah dipotong bahagian bawah dan diubah ke dalam beg plastik.






Kaedah 2: Cantuman Mata Tunas ( Cantuman Tampal )

Pengenalan : Cantuman mata tunas ialah proses di mana baka/ induk (mata tunas) di ambil dan dicantumkan dengan pokok penanti (selalunya dari biji benih). Matlamat cantuman ini ialah untuk mencantum atau meletakkan mata tunas dengan pokok yang masih hidup dan ianya akan membesar menjadi seperti pokok baka.

Alat-alat yang diperlukan:
   a.    Pisau cantuman yang tajam dan bersih
   b.    Pita cantuman (30cm x 1cm)
   c.    Kain (pengesat kotoran)
   d.    Pokok penanti
   e.    Kayu mata tunas.

Prosedur cantuman tampal:
         i.        Buat kelaran pada bahagian pokok yang sesuai.
         ii.        Buang kulit kelaran empat segi bujur  yang dibuat tadi dan ditampal dengan secebis kulit mata tunas dari pokok baka.
        iii.        Lilit cantuman tadi dengan kemas dan pastikan mata tunas tidak terkena lilitan tersebut.


Kaedah 3: Cantuman Mata Tunas (Baji)

Pengenalan: Cantuman baji merupakan proses untuk mencantum 2 bahagian pokok yang masih hidup dengan cara/ kaedah yang membolehkan bahagian-bahagian itu bersatu dan akhirnya berfungsi sebagai satu pokok.

Peralatan yang diperlukan:
    a.    Pisau yang tajam
    b.    Bahan pengikat ( Pita cantuman )
    c.    Plastik pembungkus (lut sinar, kawal kelembapan)
    d.    Pokok penanti
    e.    Pucuk atau sion (pokok baka)

 Prosedur:
          i.        Pilih ranting mata tunas seeloknya sama saiz dengan pokok penanti. Pastikan mempunyai 2 atau 3 mata tunas.
         ii.        Panjang ranting berukuran (5cm-7.5cm) / (2.3 inci). Tinggalkan 2 atau 3 helai daun sahaja.
         iii.        Daun-daun hendaklah dipotong separuh untuk mengelakkan proses perpeluhan di mana ranting itu akan kering.
         iv.        Pangkal ranting tunas dipotong tajam seperti baji (1cm)
         v.        Potong pokok penanti lebih kurang 7-8 cm dari paras tanah.
         vi.        Bahagian pangkal pokok penanti dibelah sedalam 1cm iaitu sama dengan saiz potongan baji pada ranting mata tunas.
         vii.        Setelah menyediakan pokok penanti dan ranting tunas, bolehlah dimasukkan ranting mata tunas ke belahan pokok penanti.
         viii.        Kemudian balut bahagian cantuman dengan pita parafilm.
         ix.        Sembur racun kulat dibahagian daun untuk   mengelakkan serangan kulat.
         x.        Sungkup keseluruhan pokok dengan plastik lutsinar


Kesimpulan:
Pembiakan tampang dapat menghasilkan pokok yang seragam dan sama ciri-cirinya dengan pokok induk. Pembiakan tampang juga kadang-kadang lebih murah dan ekonomik jika dibandingkan dengan cara pembiakan biji benih. Selain itu pembiakan tampang dapat menahan pokok dari serangan setengah penyakit yang biasa menyerang pokok/anak benih.






Isnin, 17 September 2012

Pengurusan Nurseri


       ·         Penyediaan tapak
       ·         Penyediaan media campuran
       ·         Penjagaan anak benih

       Aktiviti:
       ·         Isi tanah campuran dalam polibeg
       ·         Membaja pokok di dalam polibeg
       ·         Menakai pokok rambutan
       ·         Merumpai

Objektif: Mempelajari cara pengurusan nurseri dengan betul.
Pengenalan:
            Nurseri merupakan sebuah taman asuhan ialah suatu tempat di mana tumbuh-tumbuhan adalah membiak dan di dewasakan kepada saiz  yang dapat digunakan. Terdapat tiga jenis nurseri di Malaysia iaitu nurseri runcit, nurseri borong dan nurseri landskap. Nurseri runcit merupakan tempat menghasilkan dan memasarkan tanaman hiasan secara kecil-kecilan. Nurseri borong adalah tempat menghasilkan dan memasarkan tanaman hiasan secara besar-besaran. Nurseri landskap menjadi tempat memberikan perkhidmatan landskap seperti menyediakan khidmat nasihat tentang landskap, menyediakan pelan landskap, penyenggaraan kawasan dan membina landskap mengikut kehendak pelanggan. 
.

Prosedur:
                      i.        Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil yang terdiri daripada 9 atau 10 orang dalam setiap kumpulan.
   ii.        Setiap kumpulan diberikan 4 tugasan yang sama ( isi tanah campuran dalam polibeg, membaja pokok dalam polibeg, takai pokok rambutan dan merumpai ) tetapi dilakukan secara bergilir dalam masa lebih kurang 30 minit.
                        iii.        Catatan perlu dibuat dari setiap aktiviti untuk menambahkan pengetahuan.

Kesimpulan:
Dalam pembinaan sesebuah nurseri perlu mempunyai rumah teduhan, kawasan semaian biji benih, kawasan kayu matatunas, kawasan pembiakan, ruang kerja campuran tanah dan sebagainya. Ciri-ciri tempat yang sesuai untuk menyediakan anak poko adalah kawasan tersebut mudah bekalan air untuk menyiram, kawasan tersebut ada kemudahan tempat untuk pekerja menjalankan tugas pembiakan dan penjagaan pokok dan sebagainya. Bagi kawasan pembiakan pula boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kawasan menyemai benih, kawasan membuat tanah campuran yang biasanya tanah campuran terdiri daripada 7 bahagian tanah peroi, 3 bahagian tahi lembu dan 2 bahagian pasir dan akhir sekali kawasan pokok penanti. Kerja-kerja yang biasa dilakukan dalam rumah teduhan semaian buah-buahan adalah seperti:
      1)    Merumpai
      2)    Membaja
      3)    Memangkas dan memungut hasil
      4)    Mencegah musuh dan penyakit
Membuat sungkupan dan teduhan


Sabtu, 15 September 2012

Pendedahan Kepada Klon Buah-Buahan


Pengenalan:
            Betik (Carica papaya L.) adalah sejenis tanaman jenis buah-buahan tropika yang ditanam di Malaysia untuk tujuan domestik dan eksport. Terdapat beberapa jenis betik yang dibiakbaka secara tempatan dan juga beberapa jenis yang diimport dari luar negeri. Betik tempatan diperolehi dari pemilihan beberapa varieti jenis tempatan seperti Batu Arang, Morib, Subang 6, Taiping 3, Serdang 1 dan Sitiawan mempunyai isi yang bewarna merah. Jenis-jenis yang dibiak di luar negeri mempunyai isi bewarna kuning dan diantaranya ialah Sunrise Solo dan Honey Dew. Namun begitu seperti yang diumumkan MARDI telah mengeluarkan betik Eksotika 1 dan Eksotika 2 dan merupakan jenis kacukan yang mempunyai kualiti buah-buahan yang baik. Betik adalah tanaman singkat masa sederhana yang hidup antara 1-4 tahun bergantung kepada pengurusan yang dijalankan. Buah betik berbentuk lonjong (Buah Hemaprodite) dan agak bulat (buah betik betina).


Objektif:
  Pelajar dapat mengetahui beberapa varieti betik.
         Pelajar dapat membezakan cara pembiakan seksual dan aseksual

Bahan- bahan/peralatan:
        Betik eksotika/betik betina
        Betik hermaprodite
        Daun betik
        Bunga betik jantan/betina

Aktiviti:
Sebelum aktiviti dijalankan, pengajar telah memberikan taklimat berkaitan supaya pelajar memahami apa yang perlu dilakukan. Pengajar telah menyediakan tiga tempat untuk pelajar melihat jenis-jenis betik, daun betik dan juga bunga betik. Setiap pelajar berpeluang untuk meneliti dan mengkaji ciri dan sifat fizikal pada varieti betik yang telah disediakan. Pelajar juga digalakkan untuk bertanya kepada pengajar berkaitan dengan aktiviti yang telah dijalankan.

Perbincangan:
Sepanjang kelas berlangsung, pelbagai persoalan yang dikemukan oleh pelajar di antaranya ialah apakah perbezaan di antara pokok betina dan pokok yang hermaprodite yakni mempunyai gamet jantan dan gamet betina pada pokoknya.


Kesimpulan:
Betik merupakan buah-buahan tidak bermusim yang boleh didapati sepajang masa. Terdapat banyak varieti betik di Malaysia seperti Solo, Honey Dew, Sitiawan, Subang 6 Dan Eksotika Malaysia (Kacukan Solo MARDI). Betik Eksotika terbahagi kepada 2 iaitu Eksotika 1 dan Eksotika 2. Terdapat tiga jenis pokok betik iaitu betik jantan, betik betina dan betik hermaphrodite.
Betik mengeluarkan tiga jenis bunga, hanya pokok yang mengeluarkan bunga dua jantina (hermaphrodite) akan dikekalkan dan manakala pokok yang lain akan dibuang. Bagi memperolehi seratus peratus pokok yang mengeluarkan bunga dua jantina (hermaphrodite), setiap lubang akan ditanam dengan tiga pokok betik dan kerja-kerja membuang pokok-pokok bukan dua jantina akan dibuat setelah pokok mengeluarkan bunga.


Contoh betik Eksotika betina yang bulat manakala yang bujur adalah betik Eksotika yang hemaprodite





group HRT 3004 / 2011

Rabu, 12 September 2012

Berintegriti didik anak bangsa



Oleh MOHD SAIFUL MOHD SAHAK

pendidikan@utusan.com.my

Bakal guru digesa supaya tidak melihat isu integriti sebagai sesuatu yang remeh sebaliknya konsep itu perlu dipertingkatkan apabila memulakan tugas sebagai pendidik kelak.
Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas, Shaari Osman berkata, dalam usaha melonjakkan prestasi pendidikan, aspek integriti tidak dapat dipisahkan malah saling berkait rapat dalam menjana modal insan yang cemerlang.
Justeru, katanya, konsep itu juga bukan sekadar dilihat dalam aspek pencegahan penyelewengan dan rasuah semata-mata malah ia meliputi keberkesanan dalam mendidik dan kebolehupayaan melaksanakan tugas mereka.
"Kita ingin melihat bahawa konsep integriti ini bukan hanya dilihat sebagai usaha untuk mencegah rasuah dan sebagainya sebaliknya ia dilihat sebagai satu elemen yang mampu memberi kesan mendalam kepada bakal guru-guru di institut ini.
"Pelbagai usaha yang dijalankan oleh semua pihak dengan penuh integriti, kita yakin ia mampu melonjakkan tahap pendidikan negara," katanya.
Belia berkata demikian ketika berucap pada majlis Seminar Integriti Warga Pendidik IPG Kampus Ilmu Khas di kampus itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Shaari berkata, tugas menyemarakkan integriti dalam masyarakat perlu dipikul oleh semua pihak terutamanya warga pendidik.
"Kita mahu melihat supaya sekolah dijadikan sebagai tempat lahirnya golongan berintegriti hasil didikan bakal-bakal guru di institut ini . Kita yakin sekiranya komitmen ini diberikan usaha ini akan mencapai matlamatnya," katanya.
Beliau berkata, guru juga perlu bersedia melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan seiring keperluan semasa yang mencabar.

Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membentangkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 hari ini menyenaraikan inisiatif-inisiatif penting yang akan dilaksanakan, melakar pelan tindakan yang jelas dan menetapkan jangkamasa tertentu untuk mencapai setiap sasaran yang ditetapkan.

Antara perkara yang boleh dijangka daripada pelaksanaannya adalah:
Gelombang Pertama mulai 2013 hingga 2015.
* Peningkatan dalam kemahiran guru
* Kualiti pengajaran
* Keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah
* Mutu kepimpinan sekolah
Gelombang Kedua dari 2016 hingga 2020
* Berlaku perubahan struktur sistem pendidikan negara yang menyaksikan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar menikmati pakej kerja baharu.
* Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran distruktur semula dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak semula agar sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia.
Gelombang Ketiga mulai 2021 hingga 2025
* Semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. - UTUSAN

Selasa, 11 September 2012

Sembilan bidang keutamaan dalam pelan pembangunan pendidikan



KUALA LUMPUR 11 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, sembilan bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil daripada Laporan Penilaian Pendidikan Negara telah diperhalusi.Sembilan bidang itu ialah:1. Memartabatkan profesion perguruan2. Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah3. Meningkatkan kualiti sekolah4. Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran5. Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa6. Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan7. Meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja8. Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber9. Membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan. - UTUSAN