Ahad, 30 September 2012

Pembiakan Cantuman Tut, Mata Tunas, Sandingan dan Baji


Objektif: Mempelajari cara dan teknik pembiakan tampang pokok buah-buahan dengan betul
Pengenalan:
            Pokok buah-buahan boleh dibiakkan secara biji benih atau tampang. Pembiakan dengan menggunakan biji benih selalunya mengambil masa yang panjang untuk berbuah di samping kualitinya yang tidak sebaik pokok induk. Manakala pembiakan tampang pula mempunyai beberapa kebaikan seperti cepat mengeluarkan hasil, senang dibiak dan juga mempunyai ciri-ciri seperti induk. Pembiakan tampang merupakan proses yang melibatkan pemisahan bahagian tampanng pokok induk dan digalakkan hidup sebagai satu pokok induk. Pembiakan tampang terdiri daripada berbagai cara iaitu:
              Keratan ( keratan ranting & keratan akar )
           Organ-organ khas ( Sulur & rayapan )
          Lenturan ( lenturan udara, lenturan busut, lenturan pucuk,     tut lentur, baringan/ paritan)
        Cantuman ( cantuman mata tunas, cantuman baji,  cantuman sandingan ) 

Pada kebiasaannya pokok buah-buahan dibiak secara tampang iaitu melalui kaedah cantuman mata tunas dan cantuman keratan pucuk (cara baji), tut, keratan dan akhir sekali sandingan.


Prosedur:
             Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar yang mana kumpulan 1 merupakan pelajar dari kumpulan kecil 1 dan 2 manakala kumpulan 2 terdiri daripada kumpulan kecil 3 dan 4.
            Pada permulaan semua kedua-dua kumpulan diminta melakukan pembiakan pokok secara tut. Kumpulan 1 melalukan tut pada pokok rambutan manakala kumpulan 2 pada pokok limau.
          Setelah selesai setiap kumpulan dipisahkan semula kepada kumpulan kecil dan melakukan cantuman mata tunas dan cantuman baji dengan bantuan penunjuk ajar bagi setiap kumpulan.

Keputusan:
                                    Kaedah  1: Tut (Marcot)
Lenturan : Proses mengeluarkan akar pada bahagian tampang pokok induk (ranting) tanpa memisahkan bahagian tersebut daripada pokok induk. Tut merupakan salah satu jenis-jenis lenturan.
Bahan-bahan yang diperlukan:
    a)    Media
                      i.        Tanah campuran : sesuai dengan sifatnya yang senang melekat, dikepal dan boleh menyiram air. Nisbah yang sesuai ialah 2:1 yang mana 2 bahagian tanah peroi dan 1 bahagian baja organan.
                     ii.        Lain-lain media seperti jiffy 7, sabut dan vermiculite.

    b)    Alat pembalut dan tali pengikat
                      i.        Pembalut yang sesuai ialah plastik putih (10cm x 15cm)
                     ii.        Tali pengikat seperti tali guni, tali raffia atau dawai.

    c)    Alatan ( pisau dan sekatiur )

    d)    Ubat penggalak akar / hormon pengakaran


Prosedur mengetut
         i.        Rendam jiffy 7 dengan air
         ii.        Pilih ranting seperti diterangkan di atas. Buangkan daun-daun dan ranting-ranting sebelah bawah ranting tersebut.
        iii.        Buatkan kelaran keliling. Pertama di bawah mata tunas dan kelaran kedua dibuat sekurang-kurangnya 3cm atau 1-1 ½  inci jauh dari kelaran pertama.
        iv.        Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikis hingga ke kayu (kambium) sehingga kering.
        v.        Sapukan hormon pengakaran di sebelah bawah kelaran atas atau di bawah mata tunas.
        vi.        Ikat plastik di bahagian bawah kelaran kedua.
        vii.        Letakkan jiffy 7 di bahagian ranting yang telah dikikis tadi. Pastikan padat dan melekat dengan baik.        
        viii.        Selepas 1-3 bulan tut ini akan mengeluarkan akar dan bolehlah dipotong bahagian bawah dan diubah ke dalam beg plastik.






Kaedah 2: Cantuman Mata Tunas ( Cantuman Tampal )

Pengenalan : Cantuman mata tunas ialah proses di mana baka/ induk (mata tunas) di ambil dan dicantumkan dengan pokok penanti (selalunya dari biji benih). Matlamat cantuman ini ialah untuk mencantum atau meletakkan mata tunas dengan pokok yang masih hidup dan ianya akan membesar menjadi seperti pokok baka.

Alat-alat yang diperlukan:
   a.    Pisau cantuman yang tajam dan bersih
   b.    Pita cantuman (30cm x 1cm)
   c.    Kain (pengesat kotoran)
   d.    Pokok penanti
   e.    Kayu mata tunas.

Prosedur cantuman tampal:
         i.        Buat kelaran pada bahagian pokok yang sesuai.
         ii.        Buang kulit kelaran empat segi bujur  yang dibuat tadi dan ditampal dengan secebis kulit mata tunas dari pokok baka.
        iii.        Lilit cantuman tadi dengan kemas dan pastikan mata tunas tidak terkena lilitan tersebut.


Kaedah 3: Cantuman Mata Tunas (Baji)

Pengenalan: Cantuman baji merupakan proses untuk mencantum 2 bahagian pokok yang masih hidup dengan cara/ kaedah yang membolehkan bahagian-bahagian itu bersatu dan akhirnya berfungsi sebagai satu pokok.

Peralatan yang diperlukan:
    a.    Pisau yang tajam
    b.    Bahan pengikat ( Pita cantuman )
    c.    Plastik pembungkus (lut sinar, kawal kelembapan)
    d.    Pokok penanti
    e.    Pucuk atau sion (pokok baka)

 Prosedur:
          i.        Pilih ranting mata tunas seeloknya sama saiz dengan pokok penanti. Pastikan mempunyai 2 atau 3 mata tunas.
         ii.        Panjang ranting berukuran (5cm-7.5cm) / (2.3 inci). Tinggalkan 2 atau 3 helai daun sahaja.
         iii.        Daun-daun hendaklah dipotong separuh untuk mengelakkan proses perpeluhan di mana ranting itu akan kering.
         iv.        Pangkal ranting tunas dipotong tajam seperti baji (1cm)
         v.        Potong pokok penanti lebih kurang 7-8 cm dari paras tanah.
         vi.        Bahagian pangkal pokok penanti dibelah sedalam 1cm iaitu sama dengan saiz potongan baji pada ranting mata tunas.
         vii.        Setelah menyediakan pokok penanti dan ranting tunas, bolehlah dimasukkan ranting mata tunas ke belahan pokok penanti.
         viii.        Kemudian balut bahagian cantuman dengan pita parafilm.
         ix.        Sembur racun kulat dibahagian daun untuk   mengelakkan serangan kulat.
         x.        Sungkup keseluruhan pokok dengan plastik lutsinar


Kesimpulan:
Pembiakan tampang dapat menghasilkan pokok yang seragam dan sama ciri-cirinya dengan pokok induk. Pembiakan tampang juga kadang-kadang lebih murah dan ekonomik jika dibandingkan dengan cara pembiakan biji benih. Selain itu pembiakan tampang dapat menahan pokok dari serangan setengah penyakit yang biasa menyerang pokok/anak benih.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan