'sedutan daripada khutbah jumaat UPM pada 15april2011'
Jahiliyah bermaksud "sesat atau jahil". asalnya ia dimaksudkan kepada masyarakat jahiliyah di semenanjung Tanah Arab yang hidup 1500 tahun dahulu sebelum kebangkitan Rasulullah S.A.W iaitu masyarakat yang mundur dari segi pembangunan, akhlak, dan sosial ditambah pula dengan sikap keangkuhan, kesombongan dan kebodohan dari segi ilmu pengetahuan. dengan ketiadaan Nabi dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk, mereka menjadi sesat, jauh daripada jalan kebenaran dan tiada sistem hidup yang menjamin kebahagian. Inilah asal bentuk masyarakat jahiliyah. jelasnya setiap tindakan yang berupa pandangan, perbuatan, pemikiran dan sikap yang menentang Islam termasuk dalam kategori jahiliyah.
Meskipun generasi jahiliyah itu telah berakhir ditelan zaman, namun sikap dan perwatakan jahiliyah bentuk baru masih wujud hingga ke hari ini. Ditengah-tengah kehidupan dunia yang pesat membangun, masih terdapat manusia yang berperilaku jahiliyah di sudut sikap, emosi, minda dan tindakan.
kaum jahiliyah dahulu terkenal dengan budaya hidup yang menjijikkan dan tiada pedoman. hanya akal dan nafsu dijadikan rujukan. lalu lahirlah masyarakat yang bergelumang dengan segala bentuk kemungkaran dan penindasan. anak-anak perempuan dibunuh, pelacuran dan perzinaan menjadi budaya, pergaduhan dan peperangan menjadi cara untuk mencapai matlamat hidup, yang berkuasa menindas, yang lemah diperhambakan dan ditindas, tiada keadilan dan pembelaan ditegakkan, tiada sistem hidup yang dapat membentuk keharmonian dan kedamaian, sihir dan khurafat menjadi amalan. inilah antara identiti masyarakat jahiliyah dahulu akibat meninggalkan ajaran dan panduan hidup Nabi terdahulu. hakikat ini dijelaskan oleh Allah dalm Surah Yasin ayat 6 yang bermaksud :
"Supaya engakau memberi peringatan kepada kaum nenek moyang mereka telah lama tidak diberikan peringatan, sebab itulah mereka lalai"
Saban hari kita diperlihatkan dengan pelbagai perlakuan jahiliyah moden yang mewarnai masyarakat kita hari ini. suatu ketika dahulu kita dikejutkan dengan berita seorang ibu muda menjerut dua anak lelakinya dengan wayar sterika kerana kecewa dengan hidup, seorang isteri menyimbah asid di muka suaminya akibat cemburu buta hingga membawa kepada perceraian, pelajar-pelajar tingkatan dua dan tiga di sebuah sekolah terlibat jenayah seperti perlakuan seks bebas, memeras ugut pelajar, ponteng sekolah dan minum arak. Selanjutnya isu mat rempit yang tidak berkesudahan.
Marilah kita merenung kembali ke dalam diri kita mengapakah sampai begini hancur masyarakat kita hari ini?. Layakkah kita mengaku sebagai kaum muslimin dan umat Muhammad dengan situasi dan gaya hidup yang sebegini? Justeru, marilah kita kembali menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup. iman dan Islam hendaklah dihayati dan diamalkan. kita hendaklah mulakan langkah-langkah baru ke arah cara hidup Islam yang nyata membawa kebahagiaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan