1) Wahai
kawanku, segeralah tunaikan solat di awal waktu di kala mendengar azan.
Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada
sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq.
Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran dimulakan dengan menyebut solat di
awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat? Juga di medan perang. Walaupun di saat genting dan
cemas.
2) Wahai
kawanku, bacalah al-Quran dan cuba
memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit.
Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah
sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah al-Quran,
kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesej arahannya. Selalu
berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman. Di sini ada
kedamaian. Di sini ada kesalaman. Jadilah hamba yang sejahtera.
3) Wahai
kawanku,Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu
walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula iaitu sejak anda
solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama
menimpa umat kita ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan
bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!
4) Wahai
kawanku, usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika
kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn
namanya !!!
5) Wahai
kawanku, senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!!
Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada
tempatnya tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan.
6) Wahai
kawanku, seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius,
hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang
penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu yang sibuk dengan berfikir, ubati
dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas
seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.
7) Wahai kawanku,
kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu.
Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!!
Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada
tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada
kita? Jangan keraskan suaramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya.
Carilah jalan tengah di antara keduanya.
8) Wahai kawanku,
usahlah umpat mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain. Bercakaplah
jika ada unsur kebajikan. Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!!
Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging
pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati??
Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika
anda mengumpat. Boleh mengumpat apabila ada tujuan syarie. -untuk menuntut
keadilan apabila dizalimi -untuk menghapuskan kemungkaran -kerana memberi
amaran kepada Muslim tentang kejahatan -kerana mengisytiharkan kefasikan dan
kejahatan.
9) Wahai
kawanku, luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka
tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam
kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan?!
Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!!
Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!!
Sama-sama menjunjung obor suci tidak mengenali tapi tak sepi.
10) Wahai
kawanku, maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain
supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual
di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana Sabda
Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal?" (Diulang
7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah
berbicara meleret-leret? Tanpa haluan dan noktahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan