Pengenalan
Tanaman buah-buahan terutama dari jenis yang
kekal dan mempunyai jangka masa hidup dan pertumbuhan yang lama akan sentiasa
terdedah kepada serangan serangga perosak dan penyakit.
Tahap kerosakan disebabkan serangan serangga
perosak dan penyakit bergantung kepada jenis tanaman buah-buahan, kesuburan tanaman,
kebijaksanaan pengurusan ladang dan kecekapan para peladang mengenal pasti
jenis musuh perosak yang menyerang diperingkat awal serta membuat
langkah-langkah kawalan yang berkesan.
Objektif
1. Pelajar dapat mengenalpasti
jenis racun yang betul.
2. Pelajar dapat meracun pokok
dengan sistem yang betul.
Bahan-bahan dan
Peralatan.
i.
Pam
racun
ii.
Racun
serangga
iii.
Racun
kulat
iv.
baldi
v.
Baju
yang sesuai
vi.
Topi
vii.
Kasut
bot
Aktiviti
pengawalan penyakit dan
perosak
Pada minggu ini, kami diberi
tugasan untuk melakukan pengawalan penyakit dan perosak iaitu aktiviti meracun
serangga perosak pada pokok di kawasan penanaman. Meracun serangga perosak tanaman
dilakukan mengikut kumpulan. Sebelum melakukan aktiviti meracun, seorang
penunjuk ajar menunjukkan kaedah pemakaian, cara membancuh racun dan cara
meracun yang betul untuk aktiviti meracun serangga perosak. Selepas itu, kami
dikehendaki pergi ke kawasan masing-masing untuk melakukan aktiviti meracun
serangga perosak di kawasan penanaman. Kumpulan kami perlu meracun kawasan
tanaman limau kasturi dan jambu batu. Semasa aktiviti meracun dijalankan, kami
bergilir-gilir meracun kawasan tanaman tersebut sehingga keseluruhan kawasan
tanaman diracun.
Kesimpulan
Pengawalan dan
pengurusan musuh perosak tanaman cara lama yang bergantung sepenuhnya kepada
penggunaan racun kimia semata-mata didapati banyak mendatangkan keburukan dan
kesan sampingan kepadake sihatan, alam sekitar dan juga terhadap organisma
berfaedah serta serangga dan agen-agen pemangsa yang sedia ada secara semula jadi
mengawal serangga perosak dan penyakit tanaman. Pengawalan dan pengurusan musuh
perosak tanaman yang terbaik,ekonomik, berkesan dan berupaya memberikan kawalan
secara mampan ialah dengan mengamalkan kaedah kawalan bersepadu (IPM). Pengawalan
musuh perosak bersepadu (IPM) ialah satu sistem atau konsep pengawalan yang
mengabungkan kaedah-kaedah kawalan yang bersesuaian secara serentak dan
bersepadu. Pengabungan atau
pensepaduan kaedah-kaedah kawalan antara lain termasuklah kawalan kultura seperti
penggunaan benih yang rentang/tahan dari serangan serangga perosak dan penyakit,
mengamalkan kebersihan ladang dan pembajaan yang bersistem, kawalan fizikal iaitu
menggunakan bahan pemikat dan perangkap serangga dan membungkus buah, kawalan biologi dengan memafaatkan kawalan semulajadi agen-agen
pemangsa dengan mengurangkan penggunaan racun kimia dan kawalan kimia dengan menggunakan semburan racun kimia dari
jenis yang selamat dan mesra alam jika diperlukan mengikut kadar dan arahan
penggunaan yang disyorkan. Disamping
mengamalkan kawalan secara bersepadu para peladang juga disyorkan supaya
sentiasa membuat pemantauan tanaman buah-buahan mereka bagi mengesan serangan
awal serangga perosak dan penyakit bagi mengurangkan penggunaan racun kimia dan
menghasilkan kawalan yang berkesan dan ekonomik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan