Selasa, 10 April 2012

Ust Azhar Idrus- [ Transit Akhirat ] 7]

Ust Azhar Idrus- Suka Tengok Video Lucah

Isnin, 9 April 2012

Kelantan dah tak miskin kerana rakyat ada banglo, kereta mewah

Oleh Imlan Adabi
bhnews@bharian.com.my
2012/04/09

PENERBANGAN dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu hampir menggambarkan suasana yang ada di Kelantan. Enam penumpang pesawat memakai jersi The Red Warriors. Ada pula yang berketayap dan berjubah di samping bercakap soal politik Islam. 

Di Kota Bharu, poster parti politik hampir mendominasi bumi Kelantan. Lambang PAS dan Barisan Nasional (BN) bertebaran di beberapa tempat, seolah-olah musim pilihan raya umum sudah tiba.


Bagi kebanyakan rakyat Kelantan pilihan raya dan politik sebahagian daripada budaya kehidupan.
Mereka boleh berada di kedai kopi untuk beberapa jam semata-mata bercakap soal politik kepartian yang disokong. Mereka boleh bergaduh sesama sendiri semata-mata pegangan politik. 

Sebelum ini pernah berlaku kes perceraian kerana kepercayaan siasah yang berbeza. Majlis ceramah dan pertemuan politik kerap dilakukan saban malam. 

Jika mahu dikaitkan dengan keunikan, cara orang Kelantan berpolitik amat unik. Mereka boleh menyokong sesuatu pihak untuk tempoh tertentu dan boleh mengubah sokongan jika orang yang disokong bertindak korup dan menyeleweng. 
Berbeza dengan negeri lain yang mempunyai penyokong UMNO yang setia dan pengikut PAS yang tegar. 
Rakyat Kelantan tidak kekal menyokong PAS seperti juga tidak cekal bersama UMNO dan BN. Mereka hanya melihat calon terbaik untuk disokong dan boleh mengubah kerajaan negeri jika tokoh yang dipilih sebelumnya gagal melaksanakan amanah yang diberi. 

Sejarah membuktikan Kelantan sudah beberapa kali menukar kerajaan negeri. Dalam pilihan raya pramerdeka pada 27 Julai 1955, parti Perikatan diberi mandat penuh, tetapi dalam pilihan raya pertama selepas merdeka pada Ogos 1959, PAS pula diberi mandat menerajui kerajaan apabila menang besar dengan memperoleh 28 daripada 30 kerusi dipertandingkan. 

Pada pilihan raya 1978 pula, Barisan Nasional (BN) berjaya mendapat mandat kali kedua menerajui kerajaan negeri dengan PAS hanya mampu bertahan di dua kerusi, Sering dan Manek Urai. 

Isu rasuah dan balak membabitkan individu PAS tertentu menyebabkan BN menguasai Kelantan. 

Bagaimanapun, pada pilihan raya 21 Oktober 1990, sekali lagi orang Kelantan mengambil sikap mengubah kepemimpinan kerajaan negeri daripada BN kepada Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang terdiri daripada PAS dan Semangat 46. Faktor Tengku Razaleigh Hamzah memainkan peranan penting kerana pimpinan UMNO Pusat yang mengambil sikap anti-Kelantan mendorong PAS berkuasa selama 22 tahun hingga kini. 

Faktor Datuk Nik Aziz Nik Mat juga tidak terkecuali kerana kesederhanaan peribadinya. 

Semangat berpolitik orang Kelantan ini jugalah menyebabkan pelbagai parti politik lahir seperti BERJASA, HAMIM, Semangat 46 dan AKIM. Tokoh politik pula lahir dengan pelbagai latar belakang menarik. 

Walaupun Kelantan didominasi penduduk Melayu dengan kadar 90 peratus, sikap kenegerian tidak wujud dan mereka boleh menerima tokoh luar yang dilihat dapat mewarnai suasana politik di Negeri Cik Siti Wan Kembang. 

Tokoh seperti Mohamad Sabu dari Pulau Pinang, Dr Daeng Sanusi Mariok (Johor), Nasharuddin Mat Isa (Negeri Sembilan), Dr Mohd Hatta Ramli (Selangor), Sallehuddin Ayub (Johor) dan Saifuddin Nasution (Kedah) melangkah masuk ke Dewan Rakyat melalui pemilihan rakyat Kelantan. 

Proses ini akan berterusan apabila sikap sederhana dan relevan membenarkan hukum politik kenegerian digerakkan oleh tokoh tempatan dan luar Kelantan. 

BN kini banyak menggerakkan jentera kempen bagi membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-13. Banyak gerakan anak muda menyuarakan sokongan ke arah perubahan siasah demi masa depan ekonomi dan kerjaya masing-masing. 

Bagi masyarakat luar, isu kemiskinan dan projek pembangunan hampir sinonim dengan Kelantan. Bagaimanapun, jika berada di negeri Pantai Timur itu, dakwaan itu bukan lagi isu kerana soal kemiskinan berlaku di mana-mana negeri di Malaysia. 

Kelantan tetap menikmati projek pembangunan, jalan raya sempurna dan kemudahan asas seperti di negeri lain. Hanya bekalan air bersih yang masih menjadi mimpi di Tanah Serendah Sekebun Bunga. 

Banyak kediaman bertaraf banglo dan kereta mewah di segenap daerah di Kelantan membuktikan hakikat ekonomi tempatan. Ia bercanggah dengan isu kemiskinan yang dijaja pada peringkat Pusat. 

Lebih menarik lagi apabila hampir setiap kawasan di Kelantan ada kuda. Dianggarkan jumlah keseluruhan kuda di Kelantan melebihi 1,000 ekor. 

Kebanyakannya dibela masyarakat kampung untuk mereka bersukan pada waktu petang atau pada masa lapang. Kos membela kuda amat tinggi dan memerlukan ringgit yang cukup. Apakah mitos kemiskinan masih boleh dipertahankan?




sumber: Berita Harian Online | Kelantan dah tak miskin kerana rakyat ada banglo, kereta mewah

" Rahsia Surah Al-Kautsar "



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan ALLAH s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, ALLAH s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Harap dapat SHARE dengan sahabat anda yang lain. . .
Semoga pahala menyebarkan ilmu ini berterusan. . 



sumber: http://www.facebook.com/pages/Mujahid-dan-Mujahidah-Islam/161195843897406

Hukum Pakai cincin dengan menyimpan kuku panjang....

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je...ramai yang dah tahu dosa pahala tapi ramai juga yang belum tahu. Untuk yang belum tahu maka tulisan Tok Wan ni untuk korunk. Yang dah tahu tu...Alhamdulillah.


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!!... (oppsskhinzir lembut sikit), jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu (Islam) yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari;

1] jari manis2] jari kelingking (anak jari)dan jangan memakai pada jari;1] jari tengah2] jari telunjuk


Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jaritelunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

Salam Ukhuwah..~




Ahad, 8 April 2012

SEDARKAH ANDA?


1. Sedarkah anda bahawa air yang mampu dikandung oleh washing machine adalah kurang dari 2 kolah dan sekiranya pakaian anda bernajis (terdapat air kencing, tahi cicak, etc), seluruh pakaian yg bersih pun akan turut menjadi najis atau tidak suci. (berdasarkan hukum air mutanajjis).

2. Sedarkah anda bahawa hampir setiap telur ayam terdapat najis di kulitnya dan sekiranya tangan kita basah atau telur itu sendiri basah semasa kita hendak memecahkannya, tangan kita akan turut bernajis. Dan sekiranya sebahagian dari telur tersebut termasuk dalam masakan kita, maka kita turut memakan najis tersebut. (Roti canai telur, anyone?).

3. Sedarkah anda bahawa lantai tandas itu kotor dan bernajis disebabkan tempiasan, maka kita perlu memakai selipar semasa dalam tandas. Dan cara utk memakai selipar semasa memasuki tandas adalah dengan meletakkan kaki kiri ke atas selipar (tanpa memakainya), kemudian menyarungkan kaki kanan ke selipar kanan. Diikuti dengan menyarung kaki kiri ke selipar kiri. (Kerana adab masuk tandas adalah kaki kiri manakala adab memakai selipar adalah dengan kaki kanan dahulu). Ada segolongan yang masuk tandas dengan kaki kiri tapi memijak lantai, tidak memijak selipar (Ini akan mengotorkan kaki kita).

4. Sedarkah anda bahawa walaupun kita mengalas sejadah ke atas tempat yg bernajis, itu tidak bermakna tempat kita sujud tersebut adalah suci. Kita perlu menyucikan najis itu terlebih dahulu. (dari sumber '600 Masalah Agama' hasil tulisan beberapa orang ustaz dan ustazah, antaranya Ustaz Ismail Kamus).

5. Sedarkah anda bahawa apabila kita membersihkan najis seperti darah, kita perlu berhati hati supaya air basuhan tersebut tidak memercik ke anggota badan atau pakaian kita kerana air tersebut kurang dari 2 kolah dan akan menyebabkan anggota badan kita turut bernajis.

6. Sedarkah anda bahawa kita perlu bernafas semasa minum air (utk mengelakkan sakit jantung) dan udara hembusan pernafasan kita perlulah di luar gelas. (Kerana H20 + CO2 = H2CO3, maka cuka terhasil dan menyebabkan minumaan menjadi acidic).

7. Sedarkah anda bahawa memberi salam 'Akumzzz' dalam chat adalah umpama menghina ucapan salam itu sendiri dan secara tidak langsung seperti menghina Islam.

Sekian, ampun dan maaf kalau ada tersalah data dan info.





Sabtu, 7 April 2012

Qalbi nadak - seruan hatiku

jom layan lagu timur tengah plak...


ALBI NADAK (SERUAN HATI)
Hanya padamu,
Diri ini hanya milikmu,
Datanglah dekat,
Air mata mengalir,
Mengharapkanmu…
Hanya padamu dan jiwaku padamu,
Wahai kekasihku,
usia kita usiaku,
Seluruh hidupku untukmu..
Cintamu adalah hayatku,
Dirimu buat kita bercinta sebenar-benar cinta,
Hatiku disini,
Keindahanmu milikku,
Jadi bersatu..
Hatiku memanggil,
Harapkan engkau sentiasa setia,
Hanya dirimu,
Selepas bertahun lihatlah sayang,
Kita berjumpa di sini bersama,
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih ,
Diriku hanya untukmu,
Seluruh hidupku,
Usiaku,
Kerna matamu,
Aku serahkan segalanya..
Apa yang daku harapkan,
Indahnya kau,
Di sisi bersamaku selamanya…
Katakanlah kepadaku,
Diri ini..
Sekian lama..
Mengharapkan..
Hati ini..
Perasaan ini..
bersama hati dan perasaanmu..

kehidupan mencari cinta hakiki iaitu cinta kepada Allah s.w.t