Isnin, 16 April 2012

Suami, isteri dan laman sosial

http://syahirul.com,     15 Apr 2012



Salam ustaz, saya seorang suami. Saya amat berbesar hati sekiranya ustaz dapat memberikan saya jawapan dan penjelasan atas soalan-soalan saya di bawah:

1. Sekiranya seorang isteri mempunyai akaun jaringan sosial seperti facebook, yahoo messenger, email peribadi dan seumpamanya, patutkah seorang isteri tersebut memberikan akses kepada akaun-akaun tersebut kepada suaminya agar dapat berkongsi sama melihat kandungan, rakan, gambar, nota dan segalanya yang terdapat di dalamnya?

Wajib suami menjaga ahli keluarga (isteri dan anak-anak) dari perkara yang boleh memabawa mereka kepada dosa yang akhirnya membawa ke neraka.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka” (Surah at-Tahrim, ayat 6).

Di antara yang dipesan oleh Rasululllah s.a.w ialah berhati-hati dalam memilih kawan sebagaimana sabda baginda yang bermaksud : “Seseorang itu berada di atas agama kawannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa dia berkawan” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi).

Facebook adalah jaringan kawan-kawan dan kenalan, maka suami mempunyai hak untuk memantau dengan siapa isteri dan anak-anaknya berhubungan demi membolehkannya melaksanakan kehendak ayat dan hadith tadi.

2. Haruskah seorang isteri berkongsi alamat email peribadi kepada lelaki lain yang bukan mahram walaupun atas dasar berkawan?

Suami tidak boleh terlalu menyekat isteri dari bergaul dengan orang sekeliling terutama berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan wanita yang solehah. Namun suami wajib menegah isteri dari terlibat dengan hubungan yang dilarang agama seperti hubungan dengan lelaki yang bukan mahram tanpa ada keperluan, bergaul dengan wanita-wanita fasik (yang tidak menjaga agama), bertandang ke tempat maksiat atau yang mendorong kepada maksiat. Suami mempunyai hak untuk menegah isteri dari terlibat dalam pergaulan sedemikian dan ia termasuk dalam kewajipan mencegah mungkar (atau menutup ruang kepada mungkar) dengan kuasa yang dimiliki.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesiapa dari kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, dengan lidah. Jika tidak mampu, dengan hati dan ia adalah selemah-lemah iman” (Hadith Riwayat Imam Muslim dari Abi Sa’id al-Khudri).

Menurut ulama, antara maksud mencegah dengan tangan ialah menggunakan kuasa yang ada untuk mengubah kemungkaran. Dinisbah kepada keluarga, bapa atau suami adalah orang yang berkuasa keatas ahli-ahli keluarga.

3. Haruskah seorang isteri menerima tawaran atau panggilan untuk menjadi kawan/sahabat dari lelaki yang bukan mahram melalui jaringan sosial atau email seperti diatas?

Syariat Islam amat mengambil berat hubungan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (yakni yang tiada hubungan mahram atau hubungan suami-isteri) di mana ia menyempitkan hubungan dan pergaulan antara keduanya hanya kepada keperluan sahaja (bukan kebebasan). Ini kerana kebebasan akan mendorong kepada zina. Ini sebagaimana kata Nabi s.a.w ; “Tidak berduaan seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan yang akan menjadi orang ketiga” (Hadith Riwayat Imam at-Tirmizi dari Ibnu ‘Umar).

Jadi, apabila seorang lelaki dan wanita bebas berhubung dan bercating, syaitan akan membisikkan kepada setiap mereka dan menimbulkan ghairah dan seronok, lalu ingin bertemu dan akhirnya terjerumuslah ke dalam maksiat sekalipun telah bersuami. Kejadian ini tidaklah asing lagi hari ini.

4. Salahkah seorang suami meminta seorang isteri meberitahu suaminya sekiranya si isteri ada menerima panggilan atau tawaran dari lelaki lain untuk menjadi sahabat atau rakan dari jaringan sosial atau email?

Islam tidaklah menyekat kebebasan umatnya, namun Islam memberi peringatan; kebebasan yang terlalu luas akan menjahanamkan. Oleh itu suami perlu mengimbangi kehidupan keluarganya antara kebebasan dan sekatan. Jangan memberi kebebasan tanpa batasan dan jangan pula terlalu mengongkong. Terbaik ialah pertengahan. Suami boleh membenarkan, tetapi pada masa yang sama perlu bertegas dalam perkara tertentu. Sebagai contoh, bila isteri minta nak berlaman sosial, suami menjawab; “Boleh, tetapi saya hanya benarkan dengan wanita sahaja dan jika lelaki, saya hanya benarkan dengan keluarga sahaja”.

5. Adakah seorang suami itu bersikap terlalu cemburu kepada isterinya sekiranya si suami berpandangan sedemikian?

Sikap cemburu suami jika berasas, itu adalah tanda iman. Namun cemburu tanpa berasas, itu adalah tanda penyakit hati. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ” “Cemburu ada dua, satunya disukai Allah dan satu lagi dibenci Allah. Cemburu jika berpunca dari keraguan/kegusaran, ia disukai Allah. Namun jika tidak datang dari sebarang keraguan, ia dibenci Allah” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, at-Thabrani dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin ‘Amir. Menurut as-Suyuti; hadith ini sahih. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadith no. 5783).

Menurut ulama, maksud cemburu tanpa keraguan ialah cemburu buta, yang timbul dalam hati tanpa sebarang sebab iaitu semata-mata buruk sangka dari suami terhadap isteri atau dari isteri terhadap suami (Faidhul-Qadier).

Di dalam hadith lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ; “Tidak akan masuk syurga lelaki yang dayus” (Hadith Riwayat Imam at-Tayalisi dari ‘Ammar).

Maksud dayus ialah; lelaki yang hilang perasaan cemburu terhadap nilai dirinya di mana ia tidak kesah dengan siapa lelaki yang bersama dengan isteri atau anak perempuannya, dengan siapa mereka keluar dan ia tidak mengambil berat akhlak dan tingkah laku mereka (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah).

Wallahu a’lam.

Rujukan:

1. Fatawa Dar al-Ifta’ al-Misriyyah, 10/172.
2. Faidhul-Qadier, Imam an-Minawi, Syarah hadith no. 5783.
3. Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, Syeikh Abd Rahman al-Jazairi, juz 5.

P/S: Isteri buat la persetujuan dengan suami jika dia nak password email atau lain-lain akaun laman sosial anda, suami pun kena bagi password dia juga, baru adil kan? Kalau tiada apa yang salah dan nak disembunyikan, buat apa dia nak takut? Tolak ansur tu sangat-sangat penting.

rujukan: http://bm.harakahdaily.net/index.php/sudut-dakwah/9586-suami-isteri-dan-laman-sosial


Jumaat, 13 April 2012

42 KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”


1. melaksanakan perintah Allah s.w.t
2. bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kepada Rasulullah S.a.w.
3. mendapat ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bererti rahmat
4. bersamaan dengan selawat para malaikat
5. dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat
6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
7. dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat
8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
9. mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
10. mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban
11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita
12. dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. mendapat darjat al-sidq
14. ditunaikan segala hajat
15. selamat sejahtera pada hari kiamat
16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
17. mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga
18. selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
20. mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
21. mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
22. tidak akan merasai fakir
23. terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
24. mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w
25. selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
26. menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
27. berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
28. selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
29. terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh
30. disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
31. mendapat keberkatan Alalh
32. mendapat kesempurnaan iman
33. kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
35. setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung
36. teguh pendirian dengan kebenaran
37. berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.
39. mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
40. berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri
41. antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya
42. dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

sumber: http://albakriah.wordpress.com/2012/02/02/42-kelebihan-selawat-ke-atas-nabi-s-a-w/

Selawat Nabi by Ustaz Amal



Rabu, 11 April 2012

‎6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

1.)    Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak     wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruhdosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......





Selasa, 10 April 2012

Ust Azhar Idrus- [ Transit Akhirat ] 7]

Ust Azhar Idrus- Suka Tengok Video Lucah

Isnin, 9 April 2012

Kelantan dah tak miskin kerana rakyat ada banglo, kereta mewah

Oleh Imlan Adabi
bhnews@bharian.com.my
2012/04/09

PENERBANGAN dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu hampir menggambarkan suasana yang ada di Kelantan. Enam penumpang pesawat memakai jersi The Red Warriors. Ada pula yang berketayap dan berjubah di samping bercakap soal politik Islam. 

Di Kota Bharu, poster parti politik hampir mendominasi bumi Kelantan. Lambang PAS dan Barisan Nasional (BN) bertebaran di beberapa tempat, seolah-olah musim pilihan raya umum sudah tiba.


Bagi kebanyakan rakyat Kelantan pilihan raya dan politik sebahagian daripada budaya kehidupan.
Mereka boleh berada di kedai kopi untuk beberapa jam semata-mata bercakap soal politik kepartian yang disokong. Mereka boleh bergaduh sesama sendiri semata-mata pegangan politik. 

Sebelum ini pernah berlaku kes perceraian kerana kepercayaan siasah yang berbeza. Majlis ceramah dan pertemuan politik kerap dilakukan saban malam. 

Jika mahu dikaitkan dengan keunikan, cara orang Kelantan berpolitik amat unik. Mereka boleh menyokong sesuatu pihak untuk tempoh tertentu dan boleh mengubah sokongan jika orang yang disokong bertindak korup dan menyeleweng. 
Berbeza dengan negeri lain yang mempunyai penyokong UMNO yang setia dan pengikut PAS yang tegar. 
Rakyat Kelantan tidak kekal menyokong PAS seperti juga tidak cekal bersama UMNO dan BN. Mereka hanya melihat calon terbaik untuk disokong dan boleh mengubah kerajaan negeri jika tokoh yang dipilih sebelumnya gagal melaksanakan amanah yang diberi. 

Sejarah membuktikan Kelantan sudah beberapa kali menukar kerajaan negeri. Dalam pilihan raya pramerdeka pada 27 Julai 1955, parti Perikatan diberi mandat penuh, tetapi dalam pilihan raya pertama selepas merdeka pada Ogos 1959, PAS pula diberi mandat menerajui kerajaan apabila menang besar dengan memperoleh 28 daripada 30 kerusi dipertandingkan. 

Pada pilihan raya 1978 pula, Barisan Nasional (BN) berjaya mendapat mandat kali kedua menerajui kerajaan negeri dengan PAS hanya mampu bertahan di dua kerusi, Sering dan Manek Urai. 

Isu rasuah dan balak membabitkan individu PAS tertentu menyebabkan BN menguasai Kelantan. 

Bagaimanapun, pada pilihan raya 21 Oktober 1990, sekali lagi orang Kelantan mengambil sikap mengubah kepemimpinan kerajaan negeri daripada BN kepada Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang terdiri daripada PAS dan Semangat 46. Faktor Tengku Razaleigh Hamzah memainkan peranan penting kerana pimpinan UMNO Pusat yang mengambil sikap anti-Kelantan mendorong PAS berkuasa selama 22 tahun hingga kini. 

Faktor Datuk Nik Aziz Nik Mat juga tidak terkecuali kerana kesederhanaan peribadinya. 

Semangat berpolitik orang Kelantan ini jugalah menyebabkan pelbagai parti politik lahir seperti BERJASA, HAMIM, Semangat 46 dan AKIM. Tokoh politik pula lahir dengan pelbagai latar belakang menarik. 

Walaupun Kelantan didominasi penduduk Melayu dengan kadar 90 peratus, sikap kenegerian tidak wujud dan mereka boleh menerima tokoh luar yang dilihat dapat mewarnai suasana politik di Negeri Cik Siti Wan Kembang. 

Tokoh seperti Mohamad Sabu dari Pulau Pinang, Dr Daeng Sanusi Mariok (Johor), Nasharuddin Mat Isa (Negeri Sembilan), Dr Mohd Hatta Ramli (Selangor), Sallehuddin Ayub (Johor) dan Saifuddin Nasution (Kedah) melangkah masuk ke Dewan Rakyat melalui pemilihan rakyat Kelantan. 

Proses ini akan berterusan apabila sikap sederhana dan relevan membenarkan hukum politik kenegerian digerakkan oleh tokoh tempatan dan luar Kelantan. 

BN kini banyak menggerakkan jentera kempen bagi membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-13. Banyak gerakan anak muda menyuarakan sokongan ke arah perubahan siasah demi masa depan ekonomi dan kerjaya masing-masing. 

Bagi masyarakat luar, isu kemiskinan dan projek pembangunan hampir sinonim dengan Kelantan. Bagaimanapun, jika berada di negeri Pantai Timur itu, dakwaan itu bukan lagi isu kerana soal kemiskinan berlaku di mana-mana negeri di Malaysia. 

Kelantan tetap menikmati projek pembangunan, jalan raya sempurna dan kemudahan asas seperti di negeri lain. Hanya bekalan air bersih yang masih menjadi mimpi di Tanah Serendah Sekebun Bunga. 

Banyak kediaman bertaraf banglo dan kereta mewah di segenap daerah di Kelantan membuktikan hakikat ekonomi tempatan. Ia bercanggah dengan isu kemiskinan yang dijaja pada peringkat Pusat. 

Lebih menarik lagi apabila hampir setiap kawasan di Kelantan ada kuda. Dianggarkan jumlah keseluruhan kuda di Kelantan melebihi 1,000 ekor. 

Kebanyakannya dibela masyarakat kampung untuk mereka bersukan pada waktu petang atau pada masa lapang. Kos membela kuda amat tinggi dan memerlukan ringgit yang cukup. Apakah mitos kemiskinan masih boleh dipertahankan?




sumber: Berita Harian Online | Kelantan dah tak miskin kerana rakyat ada banglo, kereta mewah

" Rahsia Surah Al-Kautsar "



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan ALLAH s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, ALLAH s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Harap dapat SHARE dengan sahabat anda yang lain. . .
Semoga pahala menyebarkan ilmu ini berterusan. . 



sumber: http://www.facebook.com/pages/Mujahid-dan-Mujahidah-Islam/161195843897406