Ahad, 18 November 2012

Mursi dan Erdogan Dukung Perjuangan Rakyat Palestin


Presiden Mursi menegaskan bahawa Mesir tidak akan meninggalkan Gaza sendirian, kerana Gaza menghadapi tragedi kemanusiaan. Beliau menyampaikan kenyataan ringkasnya selepas solat Jumaat di Masjid Fatimah Kaherah City. Beliau mengatakan: "Kami melihat apa yang berlaku di Gaza adalah permusuhan terhadap kemanusiaan. Saya peringatkan dan saya ulang amaran saya terhadap pelaku pembunuhan bahawa mereka selamanya tidak akan boleh memusuhi Gaza. "

"Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza sendirian" kembali penegasan presiden Mursi. Beliau menambah juga, "Kami tegaskan kepada mereka atas nama rakyat Mesir semuanya bahawa Mesir hari ini berbeza dengan Mesir kelmarin. Bangsa Bersatu hari ini berbeza dengan Bangsa Bersatu kelmarin. "

Di akhir kenyataannya beliau menyampaikan ucapan selamat bagi umat Islam di seluruh dunia dengan datangnya tahun baru Hijrah.

Sementara itu, Perdana Menteri, Dr. Qandil telah selesai mengadakan lawatan dari Gaza atas arahan presiden Mursi sebagai bukti sokongan penuh Mesir terhadap perjuanagn rakyat Palestin.

Hari Sabtu ini, 17/11/12 dirancang Perdana Menteri Turki Erdogan akan tiba di Kaherah guna mengadakan perbincangan kecemasan menyikapi serangan Israel ke Gaza.

Erdogan menegaskan bahawa negaranya berdiri di samping Palestin di Gaza. Beliau menyampaikan dalam sidang akhbar di Istanbul hari Jumaat kelmarin bahawa dirinya akan mengadakan sidang akhbar bersama dengan Presiden Mesir hari Sabtu ini menyatakan sikap bersama atas tragedi Gaza. Beliau juga menyatakan akan menghubungi presiden Amerika Barak Obama, juga Setiausaha Agung PBB membicarakan krisis Gaza tersebut.

Beliau juga menegaskan tidak akan ada komunikasi dengan pihak Israel, kerana tidak ada hubungan apa-apa di antara kami dan mereka. Beliau menyindir Israel yang menyerang Gaza hanya untuk kepentingan pilihan raya yang akan datang, dan ini juga yang dilakukan mereka pada tahun 2008 apabila Israel menceroboh Gaza. [io]




Yahudi, Siapakah Mereka


Rakaman sejarah menunjukkan kepada kita bahawa bangsa yahudi berada dalam porak peranda kerana tabiat dan kelakuan mereka yang angkuh, tamak dengan tidak mengira di mana mereka berada. Untuk mengetahui sejarah perkembangan bangsa yahudi, boleh juga ditinjau menerusi akidahnya. Menurut seorang pensyarah sains politik di universiti kaherah, Dr Ahmad A Kadir, bangsa yahudi berasal dari puak "aabir" juga disebut "ibri" yang berasal dari selatan Iraq. Sebahagian daripada kumpulan itu adalah keluarga nabi ibrahim a.s. yang berpindah ke negeri kaldaan(kawasan sekitar bandar bagdad sekarang) kira-kira 2000 tahun sebelum masihi (s.m.), dari situ mereka berpindah pula ke kawasan bukit-bukau di Palestin(kana'an). Keluarga nabi ibrahim a.s. tidak lama tinggal di situ. Mereka kemudian berpindah menghala ke selatan. oleh kerana banyak kesulitan yang dialami, puak itu berputar haluan dan menuju ke Mesir...


Sewaktu berada di Mesir, Nabi Ibrahim dihadiahkan oleh raja mesir seorang hamba bernama siti hajar lalu baginda telah mengahwininya dan telah memperolehi seorang putera yang diberi nama Ismail. Selepas itu, Nabi Ibrahim mendapat seorang lagi putera menerusi isterinya yang pertama(siti sarah) lalu diberi nama Ishak. Dari salasilah Ishak(nabi) yang mempunyai dua orang putera, seorang bernama isu dan seorang lagi bernama Yaakop. Yaakop telah berselisih faham dengan isu, lalu lari untuk tinggal untuk tinggal di kampung asal neneknya(ibrahim) di negeri Iraq. Dua puluh tahun kemudian, beliau menuju ke Palestin dan telah membeli satu kawasan untuk bercucuk tanam. di situ dia mendirikan tempat korban yang diberi nama "bait eil", baitulmuqaddis yang kemudiannya dibaharui nabi sulaiman raja ketiga kerajaan Bani Israel(961- 922 sm) Kitab agama seperti taurat dan Al-Quran ada menyebutkan bahawa Nabi Yaakop mempunyai 12 orang putera yang menjadi asal usul suku Bani Israel. Yahuda(Yahudza, Judah) adalah putera Nabi Yaakop dengan isterinya yang bernama Leah, menurunkan suku Yahuda sebagai salah satu suku dari pada suku Bani Israel. Raja atau Nabi Daud dan Sulaiman adalah dari Suku Yahuda.

Sementara itu, Levi anak ketiga Yaakop berkahwin dengan Leah yang kemudiannya menurunkan suku levi. keturunan suku levi diberi mandat oleh kaum Bani Israel untuk menjadi golongan pendeta(urusan keagamaan kerana mereka mahir ilmu pasti, ilmu alam, ilmu bumi dan sejarah). Nabi Musa dan Nabi Harun juga berasal dari keturunan suku levi. Selain itu, hasil perkongsian hidup Yaakop dengan isterinya, Rachel, lahir pula puteranya bernama Benyamin. Dari keturunan Benyamin lah yang dilantik menjadi raja pertama kerajaan Bani Israel, iaitu thalut(1020-1002 sm). Thalut yang mendirikan kerajaan bani Israel pada 1020 sm.,iaitu 170 tahun selepas pemerintahan dari keqadhian. Ketika Nabi Yusof(anak Nabi Yaakop) menjadi pembesar di Mesir pada 1600 sm., keluarga Bani Israel yang berada di Mesir mendapat layanan istimewa daripada pemerintah mesir,iaitu apopi I(salah seorang Raja Hyksos daripada keluarga XVI). Oleh kerana Bani Israel adalah penganut agama tauhid(monoteisme) sedangkan bangsa mesir penganut kepercayaan "banyak tuhan" (polyteisme) maka Nabi Yusof menempatkan Bani Israel disuatu lembah yang terletak di bahagian timur laut Mesir iaitu di lembah Gasan. pengasingan itu bertujuan mengekalkan agama dan adat istiadat Bani Israel dan untuk mengelak daripada bercampur dengan agama dan kebudayaan bangsa Mesir.

Layanan baik daripada raja Mesir menyebabkan perpindahan secara menyeluruh terjadi pada SM, iaitu kira-kira 27 tahun sesudah Nabi Yusuf berhijrah ke Mesir. pada masa itu, cuma 72 orang saja tetapi 270 tahun kemudian, dianggarkan tentera saja seramai , 600,00 orang. Tetapi, selepas kematian Nabi Yusuf, sewaktu pemerintah raja Mesir, iaitu Rames II daripada keluarga XIX (1301-1234 SM) mulai merasa bimbang dan curiga terhadap keluarga itu lalu memerintahkan supaya setiap anak lelaki Bani Israel dibunuh.

Pada masa itu, bangsa Mesir dan rajanya sudah lupa pada jasa baik Nabi Yusuf dan mulai rasa curiga kepada bani Israel. Mereka takut Bani Israel menyebelahi musuh Mesir, lalu mereka menjalankan penindasan terhadap Bani Isreal tanpa prihatin. Dalam suasana itulah Musa (Nabi Musa), lahir dan diselamatkan oleh isteri raja Mesir sendiri. Musa yang terdidik di istana Ramses II dan mendapat pendidikan tinggi di Ainu Syam (Heliopilis), kemudiannya membela kedudukan kaumnya daripada ditindas raja Mesir, terutama selepas kematian Ramses II (bapa angkat Musa) dan digantikan anaknya, Marniptah pada 1234 SM. Oleh kerana kaum Bani Israeal diperhambakan oleh Marniptah, lalu Musa bersama kaumnya berpindah dari bumi Mesir ke Kana'an (Palestin) melalui Teluk Suez (Laut merah) pada 1234 SM.

Kisah Nabi Musa dengan kaumnya sewaktu berada di bumi Palestin pada masa itu diceritakan dengan panjang lebar oleh kitab agama seperti Taurat, Injil dan al-Quran. Daripada cerita itu, dapatlah diketahui sejauh mana penderhakaan dan keangkuhan Bani Israel terhadap Nabi Musa kecuali Bani Israeal yang diketuai Yusaa' bin Nun (salah seorang keluarga Nabi Yusuf) bersama Kalib bin Yofanna. Yushaa' dan Kalih bersama Bani Israel memasuki Kana'an dari Timur menerusi Edom, Moab dan Syargul Urdun (Tran Jordania). ketika Bani Israel berjaya menguasi Syargul Urdunlah, nabi Musa wafat dan dimakamkan di Gunung Nebo (Moab) pada 1194 SM, iaitu belum sempat baginda menjejak kaki ke Kana'an. Yusya' yang menggantikan Nabi Musa sebagai khalifah itu, meneruskan usaha menguasi bumi Kana'an. akhirnya, Bani Israel berjaya menguasi seluruh kawasan Kana'an itu. Ini bermakna 35 raja Kana'an itu di bawah kekuasaan mereka.

Nabi Musa sewaktu hidupnya berusaha memberi ajaran agama kepada kaum Yahudi dan menjauhkan mereka daripada menyembah berhala. Dalam saat yang akhir, baginda mewasiatkan supaya kaum Israel (Yahudi) menjauhkan diri dari berhala. Tetapi, amanat itu diketepikan kaum Israel selepas kematian Nabi Musa dalam kurun yang kesebelas SM. Dalam kitab agama, Tuhan memberi amaran bahawa mereka akan dihancurkan dan deserah ke tangan musuh mereka. Ini ternyata benar selepas pemerintahan Thalut, Nabi Daud dan Sulaiman kerana tidak lama selepas itu tentera raja Babilonia yang bernama Nebuchadnezzar (605-562 SM) berjaya menghancurkan Palestin pada 586 SM. Orang Yahudi menjadi tawanan di Negeri Babel dan beberapa negeri lain lagi, menjadikan Bani Israel hidup tanpa negara.

Selepas kerajaan Babilonia runtuh dan dikuasai kerajaan Cyprus (Persia Lama) pada 538 SM, orang Yahudi tawanan raja Babilonia (Nebuchadnezzar - 605-562 SM) dianggarkan 10,000 orang dibebaskan dan dibenarkan pulang ke Palestin. Setelah sampai di Palestin. mereka dirikan sebuah negara, iaitu "Negara Yahudi" kerana kaum Israel sendiri pada masa itu tidak mahu digelar "Bangsa Israel" atau "Bangsa Yahuda". Degan nama baru itu, diharapkan mereka dapat bersatu dan membentuk ciri keperibadian tersendiri. Setelah pembentukan negara Yahudi dan kejatuhan kerajaan Cyprus, orang Yahudi dihancurkan lagi oleh Emperór Rome yang bernama Adrianus pada 37 SM . DAlam kejadian itu (peristiwa Titus), orang Yahudi yang terkorban dianggarkan berjumlah satu juta. Akibatnya hancurlah tempat ibadah mereka (Haikal Sulaiman, Baitulmagadis pada 586 SM) dan bertaburanlah sekali lagi kaum itu di beberapa negeri seperti Syria,Yaman dan Itali.

Beberapa kurun berlalu dan orang Yahudi ini terus hidup di merata tempat. Biar di mana sekalipun mereka berada tetapi mereka masih tetap dengan tabiat dan tradisi yang tersendiri, iaitu tamak dan cuba menguasi kawasan yang mereka diami. Sejarah menceritakan bahawa kaum itu sentiasa terdedah kepada pencerobohan. pada zaman pemerintahan raja Rom, iaitu Kaisar Neron, saja (tahun 67 Masihi) orang Rom membunuh beribu Yahudi sebagai tindak balas terhadap apa yang mereka lakukan ke atas penduduk Pulau Crete (Greece). Pada masa itu, kebanyakan Yahudi menganut agama Masihi, iaitu selepas wafatnya Nabi Isa al-Maseh a.s. pada 30 Masihi.

Pada kurun kelima dan keenam Masihi, beberapa raja Parsi mengancam kaum Yahudi dan akhirnya pada 581 Masihi, mereka di halau sama sekali dari negeri itu. Yang tinggal hanyalah segolongan kecil saja hingga kini dengan menyamar sebagai orang Islam dan menyimpan semangat Yahudi. Orang Iran memanggil mereka "Islam Baharu." Golongan Yahudi seperti itu juga ada di Iran. Di Britain, mereka mendapat kebebasan dan perhatian yang baik pada mulanya. Tetapi apabila mereka mulai menjalankan dasar lama mereka, maka kucar-kacirlah bangsa negeri itu. Hasilnya, Raja Edward (1005-1066 Masihi) merampas hakmilik mereka pada 1041 Masihi. Dan begitu juga pada hari kemahkotaan "Richard the Lion Heart" pada 1139, orang Britain membunuh dan merampas harta benda Yahudi. Mereka hanya kembali semula ke negeri itu pada zaman pemerintahan Cronus. Mereka juga berhijrah ke Perancis. Dalam tempoh yang singkat saja, rakyat Perancis sedar bahawa kekayaan negara adalah di tangan mereka dan separuh Bandar Paris menjadi kepunyaan Yahudi. Kerana itu, kedengaranlah suara orang ramai memekik supaya dihalau Yahudi dari negara mereka. Kesudahannya, Raja Philip II Augustus (1165-1233 Masihi) menyahut seruan mengusir Yahudi dari bumi Perancis. Usaha pengusiran itu berakhir pada pemerintahan Raja Charles IV pada 1294-1328 Masihi Mereka juga berhijrah ke Sepanyol. Sebaik saja mereka dapat menguasai dalam beberapa lapangan yang penting dalam negara itu, maka mereka dihalau dari Sepanyol. Bilangan mereka yang diusir dari Sepanyol pada 1642 Masihi dianggarkan 400,000 orang, lalu mereka berlindung di beberapa negara Islam. Nasib yang di terima oleh Yahudi di Jerman, Switzerland, Rumania, Yunan, Holand dan Russia sama dengan apa yang mereka terima dibeberapa negara yang disebut di atas.

Kalau kita meneliti sejarah bangsa Yahudi serta kegiatan mereka di dunia, kita akan kenal betapa bangsa ini melakukan pengkhianatan terhadap negara yang mereka huni. Tidak hairanlah ketika meletusnya peperangan di Eropah (1937 - 1945) dulu, dianggarkan enam juta Yahudi di bunuh pihak Nazi Hitler kerana Yahudi melakukan sabotaj menghancurkan Jerman. Pengkhianatan bangsa Yahudi tidak kira di mana mereka berada, kalau ada kesempatan, pasti mereka akan melakukannya. Rakaman sejarah menyatakan Bani Israel atau Ibrani adalah golongan orang Asia tulen yang berasal dari Ur (Iraq). Kini bangsa Ibrani digantikan bangsa Israel Yahudi Zionis. Mereka tidak lagi boleh dikatakan berasal dari Asia kerana darah Asia Ibrani dialiri darah Russia, Poland, Jerman, Sepanyol, Perancis atau Barat. Dan sejarah Yahudi adalah sejarah Eropah atau Barat.

Kini, negara Israel didirikan oleh Barat (Inggeris, Perancis, Amerika Syarikat dan Russia) dan pertahankan supaya terus wujud oleh Barat, terutama Amerika Syarikat. Sejak diumumkan terbentuknya negara Israel pada 14 Mei 1948, Israel hingga kini menjadi pengkalan Barat, dalam waktu yang singkat saja, ia pasti akan roboh dan hancur.

Nota: sekadar gambar hiasan..




10 Wasiat Hassan Al-Banna


1) Wahai kawanku, segeralah tunaikan solat di awal waktu di kala mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat? Juga di medan perang. Walaupun di saat genting dan cemas.

2) Wahai kawanku, bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman. Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman. Jadilah hamba yang sejahtera.

3) Wahai kawanku,Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4) Wahai kawanku, usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!
5) Wahai kawanku, senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan.

6) Wahai kawanku, seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu yang sibuk dengan berfikir, ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7) Wahai kawanku, kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita? Jangan keraskan suaramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya. Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8) Wahai kawanku, usahlah umpat mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat. Boleh mengumpat apabila ada tujuan syarie. -untuk menuntut keadilan apabila dizalimi -untuk menghapuskan kemungkaran -kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan -kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9) Wahai kawanku, luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan?! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci tidak mengenali tapi tak sepi.

10) Wahai kawanku, maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal?" (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret? Tanpa haluan dan noktahnya.



Surat Untuk Adam


Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku. Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu.

Adam,
Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi Duhai Adam, lihatlah dunia kini.
Apa yang telah terjadi terhadap kaumku?

Kini, Aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-jalan,dipasar,di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa,aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki. Tapi realitinya kini, aku telah lebih dari yang sepatutnya.

Adam,
Mengapa kau biarkan daku begini? Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu,guru dan aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkau duduk sahaja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga dipejabat bomba. Kainku tinggi menyingsing peha,mengamankan Negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku?

Adam,
Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, Jika anak jahat maka emak bapak yang tidak pandai mendidik, Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa,kaulah puncanya!!!

Adam,
Kau selalu mengata, Hawa memang degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah ikutanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik aku yang lemah ini. Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?

Adam,
Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku.

Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri. Wallahualam.



sumber : www.iluvislam.com
Dihantar oleh:Mumtazah Maridi
Editor:arisHa27

Jumaat, 16 November 2012

SUNGAI DI DALAM LAUT


“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”

(Al Furqan 25:53) 

Jika saudara termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau. Dia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez .

Ayat itu berbunyi,

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ
Maksudnya: Dia biarkan dua lautan bertemu.
(Al-Rahman 55:19)


بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ
Maksudnya: Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus.
(Al-Rahman 55:20)

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam.

Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad SAW yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat. Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka. Justeru itu, dia lalu memeluk Islam.







Ahad, 30 September 2012

Pembiakan Cantuman Tut, Mata Tunas, Sandingan dan Baji


Objektif: Mempelajari cara dan teknik pembiakan tampang pokok buah-buahan dengan betul
Pengenalan:
            Pokok buah-buahan boleh dibiakkan secara biji benih atau tampang. Pembiakan dengan menggunakan biji benih selalunya mengambil masa yang panjang untuk berbuah di samping kualitinya yang tidak sebaik pokok induk. Manakala pembiakan tampang pula mempunyai beberapa kebaikan seperti cepat mengeluarkan hasil, senang dibiak dan juga mempunyai ciri-ciri seperti induk. Pembiakan tampang merupakan proses yang melibatkan pemisahan bahagian tampanng pokok induk dan digalakkan hidup sebagai satu pokok induk. Pembiakan tampang terdiri daripada berbagai cara iaitu:
              Keratan ( keratan ranting & keratan akar )
           Organ-organ khas ( Sulur & rayapan )
          Lenturan ( lenturan udara, lenturan busut, lenturan pucuk,     tut lentur, baringan/ paritan)
        Cantuman ( cantuman mata tunas, cantuman baji,  cantuman sandingan ) 

Pada kebiasaannya pokok buah-buahan dibiak secara tampang iaitu melalui kaedah cantuman mata tunas dan cantuman keratan pucuk (cara baji), tut, keratan dan akhir sekali sandingan.


Prosedur:
             Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar yang mana kumpulan 1 merupakan pelajar dari kumpulan kecil 1 dan 2 manakala kumpulan 2 terdiri daripada kumpulan kecil 3 dan 4.
            Pada permulaan semua kedua-dua kumpulan diminta melakukan pembiakan pokok secara tut. Kumpulan 1 melalukan tut pada pokok rambutan manakala kumpulan 2 pada pokok limau.
          Setelah selesai setiap kumpulan dipisahkan semula kepada kumpulan kecil dan melakukan cantuman mata tunas dan cantuman baji dengan bantuan penunjuk ajar bagi setiap kumpulan.

Keputusan:
                                    Kaedah  1: Tut (Marcot)
Lenturan : Proses mengeluarkan akar pada bahagian tampang pokok induk (ranting) tanpa memisahkan bahagian tersebut daripada pokok induk. Tut merupakan salah satu jenis-jenis lenturan.
Bahan-bahan yang diperlukan:
    a)    Media
                      i.        Tanah campuran : sesuai dengan sifatnya yang senang melekat, dikepal dan boleh menyiram air. Nisbah yang sesuai ialah 2:1 yang mana 2 bahagian tanah peroi dan 1 bahagian baja organan.
                     ii.        Lain-lain media seperti jiffy 7, sabut dan vermiculite.

    b)    Alat pembalut dan tali pengikat
                      i.        Pembalut yang sesuai ialah plastik putih (10cm x 15cm)
                     ii.        Tali pengikat seperti tali guni, tali raffia atau dawai.

    c)    Alatan ( pisau dan sekatiur )

    d)    Ubat penggalak akar / hormon pengakaran


Prosedur mengetut
         i.        Rendam jiffy 7 dengan air
         ii.        Pilih ranting seperti diterangkan di atas. Buangkan daun-daun dan ranting-ranting sebelah bawah ranting tersebut.
        iii.        Buatkan kelaran keliling. Pertama di bawah mata tunas dan kelaran kedua dibuat sekurang-kurangnya 3cm atau 1-1 ½  inci jauh dari kelaran pertama.
        iv.        Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikis hingga ke kayu (kambium) sehingga kering.
        v.        Sapukan hormon pengakaran di sebelah bawah kelaran atas atau di bawah mata tunas.
        vi.        Ikat plastik di bahagian bawah kelaran kedua.
        vii.        Letakkan jiffy 7 di bahagian ranting yang telah dikikis tadi. Pastikan padat dan melekat dengan baik.        
        viii.        Selepas 1-3 bulan tut ini akan mengeluarkan akar dan bolehlah dipotong bahagian bawah dan diubah ke dalam beg plastik.






Kaedah 2: Cantuman Mata Tunas ( Cantuman Tampal )

Pengenalan : Cantuman mata tunas ialah proses di mana baka/ induk (mata tunas) di ambil dan dicantumkan dengan pokok penanti (selalunya dari biji benih). Matlamat cantuman ini ialah untuk mencantum atau meletakkan mata tunas dengan pokok yang masih hidup dan ianya akan membesar menjadi seperti pokok baka.

Alat-alat yang diperlukan:
   a.    Pisau cantuman yang tajam dan bersih
   b.    Pita cantuman (30cm x 1cm)
   c.    Kain (pengesat kotoran)
   d.    Pokok penanti
   e.    Kayu mata tunas.

Prosedur cantuman tampal:
         i.        Buat kelaran pada bahagian pokok yang sesuai.
         ii.        Buang kulit kelaran empat segi bujur  yang dibuat tadi dan ditampal dengan secebis kulit mata tunas dari pokok baka.
        iii.        Lilit cantuman tadi dengan kemas dan pastikan mata tunas tidak terkena lilitan tersebut.


Kaedah 3: Cantuman Mata Tunas (Baji)

Pengenalan: Cantuman baji merupakan proses untuk mencantum 2 bahagian pokok yang masih hidup dengan cara/ kaedah yang membolehkan bahagian-bahagian itu bersatu dan akhirnya berfungsi sebagai satu pokok.

Peralatan yang diperlukan:
    a.    Pisau yang tajam
    b.    Bahan pengikat ( Pita cantuman )
    c.    Plastik pembungkus (lut sinar, kawal kelembapan)
    d.    Pokok penanti
    e.    Pucuk atau sion (pokok baka)

 Prosedur:
          i.        Pilih ranting mata tunas seeloknya sama saiz dengan pokok penanti. Pastikan mempunyai 2 atau 3 mata tunas.
         ii.        Panjang ranting berukuran (5cm-7.5cm) / (2.3 inci). Tinggalkan 2 atau 3 helai daun sahaja.
         iii.        Daun-daun hendaklah dipotong separuh untuk mengelakkan proses perpeluhan di mana ranting itu akan kering.
         iv.        Pangkal ranting tunas dipotong tajam seperti baji (1cm)
         v.        Potong pokok penanti lebih kurang 7-8 cm dari paras tanah.
         vi.        Bahagian pangkal pokok penanti dibelah sedalam 1cm iaitu sama dengan saiz potongan baji pada ranting mata tunas.
         vii.        Setelah menyediakan pokok penanti dan ranting tunas, bolehlah dimasukkan ranting mata tunas ke belahan pokok penanti.
         viii.        Kemudian balut bahagian cantuman dengan pita parafilm.
         ix.        Sembur racun kulat dibahagian daun untuk   mengelakkan serangan kulat.
         x.        Sungkup keseluruhan pokok dengan plastik lutsinar


Kesimpulan:
Pembiakan tampang dapat menghasilkan pokok yang seragam dan sama ciri-cirinya dengan pokok induk. Pembiakan tampang juga kadang-kadang lebih murah dan ekonomik jika dibandingkan dengan cara pembiakan biji benih. Selain itu pembiakan tampang dapat menahan pokok dari serangan setengah penyakit yang biasa menyerang pokok/anak benih.






Isnin, 17 September 2012

Pengurusan Nurseri


       ·         Penyediaan tapak
       ·         Penyediaan media campuran
       ·         Penjagaan anak benih

       Aktiviti:
       ·         Isi tanah campuran dalam polibeg
       ·         Membaja pokok di dalam polibeg
       ·         Menakai pokok rambutan
       ·         Merumpai

Objektif: Mempelajari cara pengurusan nurseri dengan betul.
Pengenalan:
            Nurseri merupakan sebuah taman asuhan ialah suatu tempat di mana tumbuh-tumbuhan adalah membiak dan di dewasakan kepada saiz  yang dapat digunakan. Terdapat tiga jenis nurseri di Malaysia iaitu nurseri runcit, nurseri borong dan nurseri landskap. Nurseri runcit merupakan tempat menghasilkan dan memasarkan tanaman hiasan secara kecil-kecilan. Nurseri borong adalah tempat menghasilkan dan memasarkan tanaman hiasan secara besar-besaran. Nurseri landskap menjadi tempat memberikan perkhidmatan landskap seperti menyediakan khidmat nasihat tentang landskap, menyediakan pelan landskap, penyenggaraan kawasan dan membina landskap mengikut kehendak pelanggan. 
.

Prosedur:
                      i.        Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil yang terdiri daripada 9 atau 10 orang dalam setiap kumpulan.
   ii.        Setiap kumpulan diberikan 4 tugasan yang sama ( isi tanah campuran dalam polibeg, membaja pokok dalam polibeg, takai pokok rambutan dan merumpai ) tetapi dilakukan secara bergilir dalam masa lebih kurang 30 minit.
                        iii.        Catatan perlu dibuat dari setiap aktiviti untuk menambahkan pengetahuan.

Kesimpulan:
Dalam pembinaan sesebuah nurseri perlu mempunyai rumah teduhan, kawasan semaian biji benih, kawasan kayu matatunas, kawasan pembiakan, ruang kerja campuran tanah dan sebagainya. Ciri-ciri tempat yang sesuai untuk menyediakan anak poko adalah kawasan tersebut mudah bekalan air untuk menyiram, kawasan tersebut ada kemudahan tempat untuk pekerja menjalankan tugas pembiakan dan penjagaan pokok dan sebagainya. Bagi kawasan pembiakan pula boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kawasan menyemai benih, kawasan membuat tanah campuran yang biasanya tanah campuran terdiri daripada 7 bahagian tanah peroi, 3 bahagian tahi lembu dan 2 bahagian pasir dan akhir sekali kawasan pokok penanti. Kerja-kerja yang biasa dilakukan dalam rumah teduhan semaian buah-buahan adalah seperti:
      1)    Merumpai
      2)    Membaja
      3)    Memangkas dan memungut hasil
      4)    Mencegah musuh dan penyakit
Membuat sungkupan dan teduhan


Sabtu, 15 September 2012

Pendedahan Kepada Klon Buah-Buahan


Pengenalan:
            Betik (Carica papaya L.) adalah sejenis tanaman jenis buah-buahan tropika yang ditanam di Malaysia untuk tujuan domestik dan eksport. Terdapat beberapa jenis betik yang dibiakbaka secara tempatan dan juga beberapa jenis yang diimport dari luar negeri. Betik tempatan diperolehi dari pemilihan beberapa varieti jenis tempatan seperti Batu Arang, Morib, Subang 6, Taiping 3, Serdang 1 dan Sitiawan mempunyai isi yang bewarna merah. Jenis-jenis yang dibiak di luar negeri mempunyai isi bewarna kuning dan diantaranya ialah Sunrise Solo dan Honey Dew. Namun begitu seperti yang diumumkan MARDI telah mengeluarkan betik Eksotika 1 dan Eksotika 2 dan merupakan jenis kacukan yang mempunyai kualiti buah-buahan yang baik. Betik adalah tanaman singkat masa sederhana yang hidup antara 1-4 tahun bergantung kepada pengurusan yang dijalankan. Buah betik berbentuk lonjong (Buah Hemaprodite) dan agak bulat (buah betik betina).


Objektif:
  Pelajar dapat mengetahui beberapa varieti betik.
         Pelajar dapat membezakan cara pembiakan seksual dan aseksual

Bahan- bahan/peralatan:
        Betik eksotika/betik betina
        Betik hermaprodite
        Daun betik
        Bunga betik jantan/betina

Aktiviti:
Sebelum aktiviti dijalankan, pengajar telah memberikan taklimat berkaitan supaya pelajar memahami apa yang perlu dilakukan. Pengajar telah menyediakan tiga tempat untuk pelajar melihat jenis-jenis betik, daun betik dan juga bunga betik. Setiap pelajar berpeluang untuk meneliti dan mengkaji ciri dan sifat fizikal pada varieti betik yang telah disediakan. Pelajar juga digalakkan untuk bertanya kepada pengajar berkaitan dengan aktiviti yang telah dijalankan.

Perbincangan:
Sepanjang kelas berlangsung, pelbagai persoalan yang dikemukan oleh pelajar di antaranya ialah apakah perbezaan di antara pokok betina dan pokok yang hermaprodite yakni mempunyai gamet jantan dan gamet betina pada pokoknya.


Kesimpulan:
Betik merupakan buah-buahan tidak bermusim yang boleh didapati sepajang masa. Terdapat banyak varieti betik di Malaysia seperti Solo, Honey Dew, Sitiawan, Subang 6 Dan Eksotika Malaysia (Kacukan Solo MARDI). Betik Eksotika terbahagi kepada 2 iaitu Eksotika 1 dan Eksotika 2. Terdapat tiga jenis pokok betik iaitu betik jantan, betik betina dan betik hermaphrodite.
Betik mengeluarkan tiga jenis bunga, hanya pokok yang mengeluarkan bunga dua jantina (hermaphrodite) akan dikekalkan dan manakala pokok yang lain akan dibuang. Bagi memperolehi seratus peratus pokok yang mengeluarkan bunga dua jantina (hermaphrodite), setiap lubang akan ditanam dengan tiga pokok betik dan kerja-kerja membuang pokok-pokok bukan dua jantina akan dibuat setelah pokok mengeluarkan bunga.


Contoh betik Eksotika betina yang bulat manakala yang bujur adalah betik Eksotika yang hemaprodite





group HRT 3004 / 2011