Sabtu, 15 September 2012

Pendedahan Kepada Klon Buah-Buahan


Pengenalan:
            Betik (Carica papaya L.) adalah sejenis tanaman jenis buah-buahan tropika yang ditanam di Malaysia untuk tujuan domestik dan eksport. Terdapat beberapa jenis betik yang dibiakbaka secara tempatan dan juga beberapa jenis yang diimport dari luar negeri. Betik tempatan diperolehi dari pemilihan beberapa varieti jenis tempatan seperti Batu Arang, Morib, Subang 6, Taiping 3, Serdang 1 dan Sitiawan mempunyai isi yang bewarna merah. Jenis-jenis yang dibiak di luar negeri mempunyai isi bewarna kuning dan diantaranya ialah Sunrise Solo dan Honey Dew. Namun begitu seperti yang diumumkan MARDI telah mengeluarkan betik Eksotika 1 dan Eksotika 2 dan merupakan jenis kacukan yang mempunyai kualiti buah-buahan yang baik. Betik adalah tanaman singkat masa sederhana yang hidup antara 1-4 tahun bergantung kepada pengurusan yang dijalankan. Buah betik berbentuk lonjong (Buah Hemaprodite) dan agak bulat (buah betik betina).


Objektif:
  Pelajar dapat mengetahui beberapa varieti betik.
         Pelajar dapat membezakan cara pembiakan seksual dan aseksual

Bahan- bahan/peralatan:
        Betik eksotika/betik betina
        Betik hermaprodite
        Daun betik
        Bunga betik jantan/betina

Aktiviti:
Sebelum aktiviti dijalankan, pengajar telah memberikan taklimat berkaitan supaya pelajar memahami apa yang perlu dilakukan. Pengajar telah menyediakan tiga tempat untuk pelajar melihat jenis-jenis betik, daun betik dan juga bunga betik. Setiap pelajar berpeluang untuk meneliti dan mengkaji ciri dan sifat fizikal pada varieti betik yang telah disediakan. Pelajar juga digalakkan untuk bertanya kepada pengajar berkaitan dengan aktiviti yang telah dijalankan.

Perbincangan:
Sepanjang kelas berlangsung, pelbagai persoalan yang dikemukan oleh pelajar di antaranya ialah apakah perbezaan di antara pokok betina dan pokok yang hermaprodite yakni mempunyai gamet jantan dan gamet betina pada pokoknya.


Kesimpulan:
Betik merupakan buah-buahan tidak bermusim yang boleh didapati sepajang masa. Terdapat banyak varieti betik di Malaysia seperti Solo, Honey Dew, Sitiawan, Subang 6 Dan Eksotika Malaysia (Kacukan Solo MARDI). Betik Eksotika terbahagi kepada 2 iaitu Eksotika 1 dan Eksotika 2. Terdapat tiga jenis pokok betik iaitu betik jantan, betik betina dan betik hermaphrodite.
Betik mengeluarkan tiga jenis bunga, hanya pokok yang mengeluarkan bunga dua jantina (hermaphrodite) akan dikekalkan dan manakala pokok yang lain akan dibuang. Bagi memperolehi seratus peratus pokok yang mengeluarkan bunga dua jantina (hermaphrodite), setiap lubang akan ditanam dengan tiga pokok betik dan kerja-kerja membuang pokok-pokok bukan dua jantina akan dibuat setelah pokok mengeluarkan bunga.


Contoh betik Eksotika betina yang bulat manakala yang bujur adalah betik Eksotika yang hemaprodite





group HRT 3004 / 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan