Objektif: Mempelajari cara dan teknik pembiakan
tampang pokok buah-buahan dengan betul
Pengenalan:
Pokok buah-buahan boleh dibiakkan
secara biji benih atau tampang. Pembiakan dengan menggunakan biji benih
selalunya mengambil masa yang panjang untuk berbuah di samping kualitinya yang
tidak sebaik pokok induk. Manakala pembiakan tampang pula mempunyai beberapa
kebaikan seperti cepat mengeluarkan hasil, senang dibiak dan juga mempunyai ciri-ciri
seperti induk. Pembiakan tampang merupakan proses yang melibatkan pemisahan
bahagian tampanng pokok induk dan digalakkan hidup sebagai satu pokok induk.
Pembiakan tampang terdiri daripada berbagai cara iaitu:
Keratan
( keratan ranting & keratan akar )
Organ-organ
khas ( Sulur & rayapan )Lenturan ( lenturan udara, lenturan busut, lenturan pucuk, tut lentur, baringan/ paritan)
Cantuman
( cantuman mata tunas, cantuman baji, cantuman sandingan )
Pada
kebiasaannya pokok buah-buahan dibiak secara tampang iaitu melalui kaedah
cantuman mata tunas dan cantuman keratan pucuk (cara baji), tut, keratan dan
akhir sekali sandingan.
Prosedur:
Pelajar
dibahagikan kepada 2 kumpulan besar yang mana kumpulan 1 merupakan pelajar dari
kumpulan kecil 1 dan 2 manakala kumpulan 2 terdiri daripada kumpulan kecil 3
dan 4.
Pada
permulaan semua kedua-dua kumpulan diminta melakukan pembiakan pokok secara
tut. Kumpulan 1 melalukan tut pada pokok rambutan manakala kumpulan 2 pada
pokok limau.
Setelah
selesai setiap kumpulan dipisahkan semula kepada kumpulan kecil dan melakukan
cantuman mata tunas dan cantuman baji dengan bantuan penunjuk ajar bagi setiap
kumpulan.
Keputusan:
Kaedah
1: Tut (Marcot)
Lenturan : Proses mengeluarkan akar pada bahagian
tampang pokok induk (ranting) tanpa memisahkan bahagian tersebut daripada pokok
induk. Tut merupakan salah satu jenis-jenis lenturan.
Bahan-bahan yang diperlukan:
a) Media
i.
Tanah
campuran : sesuai dengan sifatnya yang senang melekat, dikepal dan boleh
menyiram air. Nisbah yang sesuai ialah 2:1 yang mana 2 bahagian tanah peroi dan
1 bahagian baja organan.
ii.
Lain-lain
media seperti jiffy 7, sabut dan vermiculite.
b) Alat
pembalut dan tali pengikat
i.
Pembalut
yang sesuai ialah plastik putih (10cm x 15cm)
ii.
Tali
pengikat seperti tali guni, tali raffia atau dawai.
c) Alatan
( pisau dan sekatiur )
d) Ubat
penggalak akar / hormon pengakaran
Prosedur mengetut
i.
Rendam
jiffy 7 dengan air
ii.
Pilih
ranting seperti diterangkan di atas. Buangkan daun-daun dan ranting-ranting
sebelah bawah ranting tersebut.
iii.
Buatkan
kelaran keliling. Pertama di bawah mata tunas dan kelaran kedua dibuat
sekurang-kurangnya 3cm atau 1-1 ½ inci
jauh dari kelaran pertama.
iv.
Kupas
kulit di antara dua kelaran dan kikis hingga ke kayu (kambium) sehingga kering.
v.
Sapukan
hormon pengakaran di sebelah bawah kelaran atas atau di bawah mata tunas.
vi.
Ikat
plastik di bahagian bawah kelaran kedua.
vii.
Letakkan
jiffy 7 di bahagian ranting yang telah dikikis tadi. Pastikan padat dan melekat
dengan baik.
viii.
Selepas
1-3 bulan tut ini akan mengeluarkan akar dan bolehlah dipotong bahagian bawah
dan diubah ke dalam beg plastik.
Kaedah
2: Cantuman Mata Tunas ( Cantuman Tampal )
Pengenalan : Cantuman mata tunas ialah proses di
mana baka/ induk (mata tunas) di ambil dan dicantumkan dengan pokok penanti
(selalunya dari biji benih). Matlamat cantuman ini ialah untuk mencantum atau
meletakkan mata tunas dengan pokok yang masih hidup dan ianya akan membesar
menjadi seperti pokok baka.
Alat-alat yang diperlukan:
a. Pisau
cantuman yang tajam dan bersih
b. Pita
cantuman (30cm x 1cm)
c. Kain
(pengesat kotoran)
d. Pokok
penanti
e. Kayu
mata tunas.
Prosedur cantuman tampal:
i.
Buat
kelaran pada bahagian pokok yang sesuai.
ii.
Buang
kulit kelaran empat segi bujur yang
dibuat tadi dan ditampal dengan secebis kulit mata tunas dari pokok baka.
iii.
Lilit
cantuman tadi dengan kemas dan pastikan mata tunas tidak terkena lilitan
tersebut.
Kaedah
3: Cantuman Mata Tunas (Baji)
Pengenalan: Cantuman baji merupakan proses untuk
mencantum 2 bahagian pokok yang masih hidup dengan cara/ kaedah yang membolehkan
bahagian-bahagian itu bersatu dan akhirnya berfungsi sebagai satu pokok.
Peralatan yang diperlukan:
a. Pisau
yang tajam
b. Bahan
pengikat ( Pita cantuman )
c. Plastik
pembungkus (lut sinar, kawal kelembapan)
d. Pokok
penanti
e. Pucuk
atau sion (pokok baka)
Prosedur:
i.
Pilih
ranting mata tunas seeloknya sama saiz dengan pokok penanti. Pastikan mempunyai
2 atau 3 mata tunas.
ii.
Panjang
ranting berukuran (5cm-7.5cm) / (2.3 inci). Tinggalkan 2 atau 3 helai daun
sahaja.
iii.
Daun-daun
hendaklah dipotong separuh untuk mengelakkan proses perpeluhan di mana ranting
itu akan kering.
iv.
Pangkal
ranting tunas dipotong tajam seperti baji (1cm)
v.
Potong
pokok penanti lebih kurang 7-8 cm dari paras tanah.
vi.
Bahagian
pangkal pokok penanti dibelah sedalam 1cm iaitu sama dengan saiz potongan baji
pada ranting mata tunas.
vii.
Setelah
menyediakan pokok penanti dan ranting tunas, bolehlah dimasukkan ranting mata
tunas ke belahan pokok penanti.
viii.
Kemudian
balut bahagian cantuman dengan pita parafilm.
ix.
Sembur
racun kulat dibahagian daun untuk mengelakkan serangan kulat.
x.
Sungkup
keseluruhan pokok dengan plastik lutsinar
Kesimpulan:
Pembiakan
tampang dapat menghasilkan pokok yang seragam dan sama ciri-cirinya dengan
pokok induk. Pembiakan tampang juga kadang-kadang lebih murah dan ekonomik jika
dibandingkan dengan cara pembiakan biji benih. Selain itu pembiakan tampang
dapat menahan pokok dari serangan setengah penyakit yang biasa menyerang
pokok/anak benih.